Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jangan salah guna kebaikan rakan, itu juga buli di tempat kerja – Nancy
  • SEMASA

Jangan salah guna kebaikan rakan, itu juga buli di tempat kerja – Nancy

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK ALBUM… Dato Sri Nancy Shukri dan tetamu kehormat yang lain bergambar bersama peserta Amazing Race 2025 anjuran MAKSAK Wanita di sebuah hotel di Kuching, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Sikapmengambil kesempatan terhadap kebaikan rakan sekerja turut dianggap sebagai satu bentuk buli di tempat kerja, tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata, sikap seperti itu sering berlaku tanpa disedari apabila segelintir individu menggunakan kelembutan atau kebaikan orang lain untuk kepentingan sendiri.

“Kadang-kadang di pejabat, ada yang kaki buli. Mereka bukan membuli secara fizikal, tetapi mengambil kesempatan kerana melihat seseorang itu baik dan mudah disuruh. Itu juga satu bentuk buli,” katanya.

JELASKAN… Dato Sri Nancy Shukri ketika berucap pada majlis penutupan Amazing Race 2025 anjuran MAKSAK Wanita di sebuah hotel di Kuching, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Nancy berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Amazing Race 2025 anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut beliau, setiap individu perlu berani menegaskan pendirian dan tidak membiarkan diri dibuli sama ada secara perbuatan mahupun emosi.

“Saya selalu beritahu anak-anak saya, terutamanya anak perempuan, jangan sesekali biar orang membuli anda,” tegasnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak kekal pengeluar ikan tilapia terbesar di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.