Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jangan salah guna Baby Hatch, Nancy mahu pusat perlindungan bantu kurangkan masalah sosial
  • SEMASA

Jangan salah guna Baby Hatch, Nancy mahu pusat perlindungan bantu kurangkan masalah sosial

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri ketika ditemui media selepas Majlis Ibadah Korban Peringkat Parlimen Santubong di Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap kemudahan Peti Perlindungan Bayi (Baby Hatch) tidak disalahgunakan dan benar-benar berfungsi membantu golongan ibu serta bayi yang memerlukan perlindungan.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kebanyakan Baby Hatch ketika ini dikendalikan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta hospital.

Menurut beliau, kerajaan turut memberikan kerjasama termasuk bantuan peruntukan kepada pengendali yang benar-benar komited membantu mengurangkan masalah sosial.

“Kita mengharapkan tidak ada yang menyalahgunakan tempat tersebut.

“Kita mahu mereka yang mewujudkan Baby Hatch ini benar-benar mahu membantu mengurangkan masalah sosial dan juga membantu si ibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ibadah Korban Peringkat Parlimen Santubong di Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

Nancy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Baby Hatch di Johor Bahru baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan ibu bayi meninggalkan nama bersama anak tersebut menunjukkan masih terdapat rasa tanggungjawab terhadap bayi berkenaan.

“Apabila seorang ibu menyerahkan bayi ke Baby Hatch, itu menunjukkan masih ada rasa tanggungjawab kerana dia meninggalkan nama kepada anak itu,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy memaklumkan JKM telah memperoleh perintah mahkamah bagi membolehkan bayi tersebut ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai sementara usaha mengesan waris diteruskan.

Katanya, pihak JKM masih berusaha mengesan ahli keluarga bayi berkenaan bagi membincangkan masa depan kanak-kanak tersebut.

Beliau turut menggalakkan orang ramai mendapatkan bantuan dan panduan daripada JKM sekiranya berdepan masalah berkaitan penjagaan bayi atau tekanan sosial.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JKM bantu siasatan kes bayi maut lemas dalam baldi
Next: Hujan lebat, angin kencang di KL dan lapan negeri termasuk Sarawak hingga 6.00 petang ini – MetMalaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.