Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jangan remehkan pemberian RM100 di bawah SARA – PM Anwar
  • NASIONAL

Jangan remehkan pemberian RM100 di bawah SARA – PM Anwar

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Kementerian Kewangan hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memandang remeh nilai bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun jumlah itu mungkin dianggap kecil bagi golongan berpendapatan tinggi, namun ia amat bermakna buat rakyat di luar bandar serta golongan berpendapatan rendah.

“Semua kritik RM100 saja, tapi kamu gaji RM40,000, RM20,000 sebulan. Memang RM100 itu tak ada apa, tapi saya tahu kalau kita pergi ke kampung ada manfaatnya,” kata Anwar ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa bagi sebuah keluarga miskin yang mempunyai dua anak dewasa dan pasangan suami isteri, bantuan tunai itu boleh mencecah RM400 dan jika ditambah dengan Sumbangan Tunai Rahmah sedia ada, jumlahnya boleh meningkat hingga RM700.

“Jadi jangan remehkan usaha kerana itu upaya kita (kerajaan) untuk tambah peruntukan sedia ada, daripada RM13 bilion ke RM15 bilion (tambahan RM2 bilion),” kata Anwar.

Anwar dalam pada itu turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan mengenai rasionalisasi subsidi petrol.

“Ketua parti pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin sebut pasal apa nak bebankan mereka warga asing. Saya rasa aneh, apa kamu buat ? Boleh tegur dan kritik tiada masalah, tapi bukan kita dera mereka, bukan rampas hak mereka.

 “Kita tarik, tak bagi subsidi sebab di negara dia (warga asing) harga minyak lebih tinggi daripada RM2.50. Ya, di Singapura,Thailand, Indonesia semua lebih tinggi. Kita tarik subsidi itu kepada warga asing, itu pun salah juga,” tegas Anwar.

Perdana Menteri semalam mengumumkan beberapa inisiatif utama sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada rakyat, termasuk pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program SARA, penangguhan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya dan subsidi harga petrol RON95 yang lebih rendah pada RM1.99 seliter.

–Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Aplikasi Saudi Visa Bio, pencapaian dasar luar negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: M40 turut nikmati manfaat inisiatif kurangkan kos sara hidup – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.