Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan leka musim cuti sekolah, awasi anak-anak di sungai
  • TEMPATAN

Jangan leka musim cuti sekolah, awasi anak-anak di sungai

Utusan Sarawak 3 hours ago
AWAS! Serangan buaya.

MIRI: Orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga, diingatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sepanjang musim cuti sekolah.

Menurut hantaran di laman Facebook Perbadanan Perhutanan Sarawak (SF) yang memetik Pengawal Hidupan Liar, Abang Arabi, orang ramai diingatkan agar tidak mengambil mudah aspek keselamatan di kawasan berhampiran sungai.

Ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak di bawah jagaan masing-masing dan tidak membiarkan mereka tanpa pengawasan, tambah beliau.

“Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, terutama bagi mereka yang tinggal berhampiran sungai.

“‘Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sila ambil tindakan segera sebelum terlambat,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai juga digalakkan memuat turun aplikasi Sarawak Croc Watch bagi mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan serta pemantauan buaya di Sarawak.

Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi aplikasi Google Play Store.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RUU warga emas penting untuk lindung hak, kebajikan – Lee Lam Thye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.