Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Jangan lakukan pembakaran terbuka – Bomba
  • KEMALANGAN

Jangan lakukan pembakaran terbuka – Bomba

Utusan Sarawak 2 years ago

PADAM KEBAKARAN… Anggota bomba memadamkan kebakaran sampah di kawasan feri lama, semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengambil masa sekitar 30 minit untuk memadamkan kebakaran melibatkan longgokan sampah domestik yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab di kawasan feri lama di sini, semalam.   

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei PPgB Mahmudin Narudin berkata, seramai sembilan anggota diketuai PBK I (KUP) Mijan Pamin bergegas ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 10.16 pagi.

“Bomba tidak akan sesekali berkompromi dengan individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka selain mempertingkatkan rondaan di kawasan yang berisiko tinggi sekiranya keadaan memerlukan.

“Tanda amaran yang disediakan pihak berkuasa tempatan untuk tidak membuang sampah sembarangan dan membakar sampah secara terbuka, tidak diendahkan.

“Sekiranya ada individu yang masih berdegil melakukan pembakaran terbuka, kami tidak akan teragak-agak melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi pemberita Utusan Sarawak.

Menurut Mahmudin, faktor cuaca yang panas dan kering ketika ini menyebabkan kebakaran cepat merebak.

“Pembakaran terbuka boleh menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan kualiti udara selain memudaratkan kesihatan awam,” ujarnya.

Justeru, orang ramai di negeri adalah dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka pada musim kering untuk mengelak sebarang kemungkinan kebakaran yang tidak terkawal.

Turut berada di lokasi, empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarikei. 

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Proton Waja terbakar di Jalan Matang
Next: Bayi maut, 3 cedera dalam kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.