Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan korbankan nyawa demi perayaan
  • TEMPATAN

Jangan korbankan nyawa demi perayaan

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Polis Daerah Bau
DSP Dr. Daram Ruer

KUCHING: Menjelang sambutan perayaan Hari Gawai, Ketua Polis Daerah Bau, DSP Dr. Daram Ruer menyeru semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas dan mengutamakan keselamatan sepanjang musim perayaan ini.

Menurut Dr. Daram, sepanjang tempoh 1 Januari hingga kelmarin, 25 Mei, daerah Bau mencatatkan tiga kemalangan maut dan dua kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah.

Selain itu, sebanyak 108 kes melibatkan kerosakan kenderaan tanpa kemalangan jiwa turut direkodkan.

“Dengan ramai yang dijangka pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Gawai pada 1 Jun ini, kami menasihatkan semua pemandu dan penunggang motosikal agar lebih berwaspada di jalan raya,” ujar Dr. Daram dalam satu kenyataan media.

Bagi menghadapi peningkatan aliran trafik semasa musim perayaan, pihak Polis Daerah Bau akan mempertingkatkan rondaan, pemantauan jalan raya dan melaksanakan operasi penguatkuasaan.

“Mesej kami jelas – patuhi undang-undang jalan raya, pandu dengan penuh tanggungjawab, dan sentiasa utamakan keselamatan diri serta orang tersayang,” tegasnya.

Dr. Daram turut mengingatkan bahawa kegembiraan menyambut perayaan tidak seharusnya dibayar dengan nyawa, dan menggesa semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada sepanjang tempoh cuti ini.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ibu bapa perlu pantau penggunaan gajet anak
Next: Tun Wan Junaidi terima taklimat projek pembangunan Sadong Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.