Jangan klik pautan palsu berkaitan STR – Fahmi

Facebook
WhatsApp
FOTO Facebook Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.

“Hati-hati dengan mesej yang tersebar dalam WhatsApp seperti ini. Jangan klik, ini pautan scammer.

“Jika anda klik, anda akan hilang akses ke aplikasi WhatsApp anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya hanya merujuk laman sesawang rasmi kementerian berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan kerajaan.

Sejak semalam, tular menerusi aplikasi WhatsApp satu mesej mengandungi pautan untuk orang ramai membuat semakan dan tuntutan STR. – Bernama

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan