Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan kerap tukar kepimpinan Biro Wanita — Rosey
  • TEMPATAN

Jangan kerap tukar kepimpinan Biro Wanita — Rosey

Utusan Sarawak 13 hours ago

Majlis tersebut menyaksikan sebanyak 75 penerima termasuk Biro Wanita, JKKK dan persatuan dengan jumlah sebanyak RM252,000 melalui saluran MRP DUN Bekenu.

BEKENU: Biro Wanita digesa supaya tidak terlalu kerap menukar barisan kepimpinan bagi memastikan kesinambungan program serta keberkesanan pelaksanaan aktiviti di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata pertukaran kepimpinan yang terlalu kerap boleh menjejaskan kelancaran pengurusan serta perancangan aktiviti komuniti wanita di kawasan masing-masing.

“Biro Wanita perlu mengekalkan kepimpinan sedia ada sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu agar setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesinambungan,” katanya.

Majlis tersebut menyaksikan sebanyak 75 penerima termasuk Biro Wanita, JKKK dan persatuan dengan jumlah sebanyak RM252,000 melalui saluran MRP DUN Bekenu.

Beliau turut mengingatkan bahawa Biro Wanita berada di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), justeru setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi JKKK dan ketua kampung masing-masing bagi memastikan penyelarasan yang baik.

“Jika Biro Wanita masih berfungsi dengan baik, biarlah dikekalkan kepimpinannya supaya kesinambungan program dapat diteruskan. Jadi, sebaiknya teruskanlah dengan barisan yang sedia ada,” katanya.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi 2025 di sini, semalam.

TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama para Biro Wanita, JKKK dan persatuan pada Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi 2025 di sini, semalam.

Tambahnya, diingatkan Biro Wanita supaya melaporkan setiap aktiviti yang dijalankan kepada pengerusi JKKK atau ketua kampung, bagi mengelakkan salah faham dan memastikan semangat kerjasama dalam komuniti terus terpelihara.

“Jangan buat sendiri-sendiri, kita mahu keharmonian dan kebersamaan dalam komuniti,” katanya lagi.

Majlis tersebut menyaksikan sebanyak 75 penerima termasuk Biro Wanita, JKKK dan persatuan dengan jumlah sebanyak RM252,000 melalui saluran MRP DUN Bekenu.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BCCK 2 bakal kukuhkan Kuching sebagai pusat acara antarabangsa
Next: Polis Lubok Antu tumpaskan lelaki miliki senapang patah buatan sendiri, peluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.