Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan guna tuba, racun ikan
  • TEMPATAN

Jangan guna tuba, racun ikan

Utusan Sarawak 5 years ago
LESTARI SUNGAI….Awang Tengah melepaskan 100 ribu anak udang di Sundar untuk memastikan pemuliharaan hidupan sungai terus kekal.

LAWAS: Aktiviti meracun dan menuba ikan di sungai bukan sahaja merosakkan ekosistem, tetapi boleh menyebabkan kepupusan berbagai spesis ikan dan hidupan sungai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan melahirkan rasa kesal dan marah apabila dimaklumkan mengenai wujudnya aktiviti menuba dan meracun ikan di Sungai Sundar.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Dua, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian Dan Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak memberitahu media selepas melepaskan 100 ribu ekor anak udang di Sungai Sundar baru-baru ini.

Seterusnya beliau meminta penduduk kampung untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika mendapati ada aktiviti menuba ikan di sungai di Sundar.

“Usah takut untuk melaporkan perbuatan yang boleh memusnahkan semua hidupan sungai.

Perbuatan ini bukan sahaja tidak bermoral tetapi memusnahkan sumber rezeki nelayan sungai,” tambahnya.

Awang Tengah menyeru semua penduduk kampung untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa memelihara sumber rezeki mereka di sungai.
Hadir sama ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Japaruddin bin Ali, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kibar bendera, tingkat semangat patriotisme
Next: CCTV kekang jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.