Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jangan biarkan rumah jadi mangsa – Ketua BBP Sarikei
  • SEMASA

Jangan biarkan rumah jadi mangsa – Ketua BBP Sarikei

Utusan Sarawak 4 days ago

SARIKEI: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, menyeru orang ramai agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan rumah, khususnya ketika pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Gawai Dayak atau bercuti panjang.

Menurut Arrahman Chik, kebanyakan kes kebakaran kediaman yang berlaku pada musim perayaan berpunca daripada kecuaian, termasuk meninggalkan peralatan elektrik terpasang dan penggunaan soket secara berlebihan.

“Pastikan semua peralatan elektrik seperti seterika dan penghawa dingin dimatikan sebelum meninggalkan rumah.

“Soket elektrik yang tidak mampu menampung arus berlebihan boleh menyebabkan litar pintas, sekali gus membawa kepada kerosakan peralatan atau kebakaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Tambahnya lagi, penggunaan arus elektrik yang terlalu tinggi boleh menyebabkan wayar menjadi panas melampau, mencairkan penebat dan menghasilkan percikan api yang mencetuskan kebakaran.

Arrahman Chik turut menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan dapur tanpa pengawasan ketika memasak.

“Jangan ambil mudah. Jika perlu beredar dari dapur, pastikan api dimatikan terlebih dahulu.

“Meninggalkan dapur ketika memasak meningkatkan risiko kebakaran. Elakkan elemen 3L iaitu ‘Lupa, Leka, Lalai’ yang sering menjadi punca utama kejadian kebakaran,” ujarnya.

Arrahman juga mengingatkan supaya tidak bermain mercun di kawasan berhampiran rumah, kedai, kenderaan, atau mana-mana kawasan yang mudah terbakar.

“Sebaliknya, amalkan elemen 3P iaitu ‘Pencegahan, Pengawasan, Perlindungan’ sebagai langkah proaktif dalam mengurangkan risiko kebakaran,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Duta Malaysia lawat Congo Brazzaville perkukuh hubungan
Next: DUN: Kerajaan Sarawak komited iktiraf hak tanah NCR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.