Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jamuan perpisahan penuh makna iringi perpindahan Apai Jo ke Sibu
  • TEMPATAN

Jamuan perpisahan penuh makna iringi perpindahan Apai Jo ke Sibu

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI-ahli Ladies Guilds Gereja Katolik Mukah bergambar kenangan bersama Reverend Father Joseph Sebastian atau Apai Jo selepas penyampaian cenderamata sempena Majlis Jamuan Perpisahan di Dewan Katolik Mukah, baru-baru ini.

MUKAH: Lebih 800 umat Katolik menghadiri Majlis Jamuan Perpisahan Reverend Father Joseph Sebastian atau lebih mesra disapa Apai Jo, sempena perpindahan beliau ke Sacred Heart Cathedral (Katedral Hati Kudus) baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Katolik Mukah sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di Mukah.

Apai Jo telah berkhidmat sebagai Rector di Saints Peter and Paul Church selama 12 tahun tujuh bulan, bermula Julai 2013 hingga Januari 2026, dan dikenali sebagai pemimpin rohani yang dekat dengan umat serta komited dalam membangunkan kehidupan pastoral komuniti setempat.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah para Religious Sisters, Pengerusi MCCT, Dato Aiden Wing bersama ahli-ahli exco, ahli PPC, para pengerusi pertubuhan gereja, pengerusi-pengerusi outstation chapels, ketua-ketua sembahyang serta umat Katolik dari sekitar Mukah.

WAKIL Mukah Parish Pastoral Council (MPPC) bergambar kenangan bersama Reverend Father Joseph Sebastian atau Apai Jo selepas penyampaian cenderamata sempena Majlis Jamuan Perpisahan di Dewan Katolik Mukah, baru-baru ini.

Kehadiran umat turut melibatkan jemaah dari Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching, sekali gus mencerminkan eratnya hubungan yang terjalin sepanjang kepimpinan Apai Jo di Mukah.

Pada majlis tersebut, berlangsung penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan gereja di Mukah, selain sumbangan cenderahati daripada individu. Majlis turut diserikan dengan persembahan bebas termasuk nyanyian koir, persembahan solo, duet dan berkumpulan serta tarian tradisi oleh umat yang hadir.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum memberkati jamuan makan, Apai Jo menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan padu umat sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau turut mengingatkan umat agar terus berpegang kepada slogan yang sering beliau ungkapkan, ‘Agik Idup Agik Sembahyang’, sebagai pegangan hidup beriman.

Majlis berkenaan pastinya meninggalkan kenangan mendalam dan abadi kepada umat Katolik di Mukah dan kawasan sekitarnya. Walaupun berpisah secara fizikal, semangat kebersamaan dan ikatan kasih yang terjalin diyakini akan terus kekal dalam hati seluruh umat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Persatuan Kebajikan Harapan Kuching salur bantuan kepada enam sekeluarga di Siol Kandis
Next: Dr Sim santuni peniaga dan pengunjung Pasar Sentral Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.