Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan utama di Sarawak direka jangka hayat sekitar 100 tahun – JKR
  • TEMPATAN

Jambatan utama di Sarawak direka jangka hayat sekitar 100 tahun – JKR

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATU Dr. Cassidy Morris ketika ditemu ramah media selepas majlis perasmian Jambatan Batang Lupar hari ini. 

SEBUYAU: Jambatan-jambatan utama di Sarawak direka dengan jangka hayat perkhidmatan sekitar 100 tahun dan tempoh itu berpotensi dilanjutkan sehingga 150 tahun menerusi penyelenggaraan yang rapi serta pemantauan berterusan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datu Dr. Cassidy Morris, berkata langkah itu akan disokong oleh pelaksanaan sistem pemantauan kesihatan struktur bagi jambatan-jambatan mega di negeri ini.

Menurut beliau, sistem berkenaan membolehkan keadaan struktur dipantau secara berkala sekali gus memastikan tahap keselamatan dan integriti jambatan sentiasa berada pada tahap optimum.

Katanya, faktor risiko bencana alam, termasuk banjir, turut diberi perhatian dalam reka bentuk setiap jambatan.

“Jambatan dibina pada ketinggian antara 23 hingga 26 meter mengikut kesesuaian lokasi. Justeru, risiko limpahan banjir yang boleh menjejaskan struktur telah diambil kira sejak peringkat reka bentuk lagi,” katanya ketika mengulas mengenai Jambatan Batang Lupar 1 selepas majlis perasmiannya, hari ini.

Beliau menambah, kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berterusan, termasuk pemeriksaan bulanan, dan akan diperkukuh lagi menerusi penubuhan sistem pemantauan kesihatan jambatan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Jambatan Batang Lupar 1 merupakan antara jambatan utama yang dibangunkan di bawah inisiatif pembinaan jambatan pesisir Sarawak bagi meningkatkan hubungan darat serta merancakkan pembangunan sosioekonomi di kawasan pesisir negeri ini.

oleh Afiq Sallehi

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek gula apong Sungai Rhu sasar pematuhan standard GMP, sedia tembusi pasaran antarabangsa
Next: Jambatan Batang Lupar 1 bukti Sarawak mampu biayai projek rakyat guna dana sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.