Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Sungai Ruben bakal siap Januari 2026
  • Selatan
  • WILAYAH

Jambatan Sungai Ruben bakal siap Januari 2026

Utusan Sarawak 3 months ago
SIMBOLIK… Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ketika menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek ini bertempat di Kampung Mawang Tahup hari ini.

TEBEDU: Projek pembinaan Jambatan Sungai Ruben bernilai RM5 juta yang bermula pada Januari lalu, dijadualkan siap pada Januari 2026.

Projek tersebut sebagai salah satu projek di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn yang juga Pengerusi GKCDA Majlis hadir bagi menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek ini bertempat di Kampung Mawang Tahup di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Roland turut memaklumkan bahawa, GKCDA melaksanakan 204 projek di Bahagian Kuching dan 168 projek di Bahagian Serian termasuk 33 projek di Tebedu dengan kos keseluruhan RM158.8 juta.

Katanya, 57 projek telah dianugerahkan, 61 dalam proses penganugerahan, 24 sedia untuk ditender dan 228 dalam peringkat perancangan.

Mengenai Jambatan Sungai Ruben, beliau berharap jambatan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk Kampung Mawang Tahup, tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu dengan penerokaan tanah untuk tanaman komersial, sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk dan menjadikan kampung ini sebagai pembekal hasil pertanian utama ke Serian dan Kuching.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada, menegaskan GKCDA ditubuhkan untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi luar bandar di Kuching dan Serian supaya setanding dengan kawasan pinggir bandar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga ADUN Kedup Datuk Martin Ben dan ADUN Bukit Semuja John Ilus.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan
Next: Mayat lelaki ditemukan dalam parit di Tudan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.