Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Sungai Lingga hampir siap, capai kemajuan 99.56 peratus
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Sungai Lingga hampir siap, capai kemajuan 99.56 peratus

Utusan Sarawak 2 days ago
DAYANG Noorazah mengadakan lawatan ringkas ke tapak projek Jambatan Sungai Lingga bagi meninjau perkembangan terkini pembinaan, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

LINGGA: Projek pembinaan Jambatan Sungai Lingga yang menjadi sebahagian daripada inisiatif rangkaian Jalan Utama Kedua itu kini mencapai kemajuan 99.56 peratus, menandakan ia hampir siap sepenuhnya.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah telah mengadakan lawatan ringkas ke tapak projek tersebut bagi meninjau perkembangan terkini pembinaan.

Lawatan tersebut turut disertai wakil Pejabat Daerah Lingga dan kontraktor pelaksana Sri Datai CHEC-GV Sdn Bhd.

Jambatan yang terletak di Bahagian Sri Aman ini mempunyai panjang 724.86 meter dengan kos pembinaan RM92.3 juta, sepenuhnya dibiayai kerajaan Sarawak.

Projek ini dijangka siap pada September tahun ini, selaras dengan jadual pelaksanaan yang ditetapkan.

Apabila siap kelak katanya, Jambatan Sungai Lingga akan menghubungkan secara langsung Jambatan Batang Lupar ke rangkaian jalan menuju Sebuyau, Lingga dan Sri Aman dengan jarak 28.5 kilometer.

Kemudahan ini akan memendekkan masa perjalanan, melancarkan aliran trafik serta menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat.

DAYANG Noorazah melakukan tinjauan ke tapak projek Jambatan Sungai Lingga semalam untuk melihat sendiri kemajuan terkini kerja-kerja pembinaan. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga.

Menurut Dayang Noorazah, pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menyediakan kemudahan infrastruktur yang berkualiti dan memberi impak langsung kepada kehidupan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus memastikan projek-projek strategik disiapkan mengikut perancangan demi kepentingan rakyat.

Dayang Noorazah menambah projek ini dijangka menjadi pemangkin pembangunan kawasan sekitar, sekali gus memperkukuh jaringan pengangkutan darat di Sarawak dan menyokong aspirasi negeri untuk mencapai status maju menjelang tahun 2030.

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pegawai Daerah Lingga, Frank Lani, wakil dari Pejabat Daerah Lingga, Jim Karren Max Kintai serta wakil syarikat kontraktor Sri Datai CHEC-GV Sdn Bhd.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tuai Rumah disaran tubuh persatuan tuntut tindakan segera terhadap isu infrastruktur
Next: Maulidur Rasul Kabong disambut meriah, pelbagai acara menanti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.