Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Sungai Krian dibuka 18 Mac, hadiah Aidilfitri buat penduduk di Bahagian Betong
  • Selatan
  • WILAYAH

Jambatan Sungai Krian dibuka 18 Mac, hadiah Aidilfitri buat penduduk di Bahagian Betong

Utusan Sarawak 10 hours ago
JAMBATAN Sungai Krian di Kaba bakal dibuka kepada orang awam pada 18 Mac ini. Foto: JKR Sarawak

SARATOK: Jambatan Sungai Krian di Kaba bakal dibuka kepada orang awam pada 18 Mac ini, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur di Sarawak.

Menurut kenyataan media Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, pembukaan jambatan tersebut dijangka membawa sinar baharu kepada penduduk di Bahagian Betong dengan menyediakan kemudahan perhubungan yang lebih pantas, selamat dan selesa.

Pembukaan jambatan itu juga dianggap sebagai hadiah istimewa sempena sambutan Aidilfitri kepada masyarakat setempat yang bakal menikmati perjalanan yang lebih lancar berbanding sebelum ini.

Selain memudahkan pergerakan penduduk, kemudahan baharu itu dijangka merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat serta memperkukuh jaringan hubungan antara komuniti di kawasan sekitar.

JKR Sarawak dalam kenyataan sama menegaskan komitmen berterusan agensi tersebut dalam memperkasa pembangunan infrastruktur negeri demi kesejahteraan rakyat.

Jambatan Sungai Krian yang bernilai RM112.4 juta dan mempunyai panjang 690 meter itu menjadi antara projek penting yang memberi manfaat besar kepada penduduk di Bahagian Betong dan kawasan berhampiran.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berkenaan bukan sekadar binaan fizikal, sebaliknya melambangkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan sampai ke kawasan luar bandar.

Beliau menegaskan pembukaan jambatan itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memacu transformasi luar bandar demi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Apabila beroperasi kelak, penduduk dari Daerah Pusa ke Kabong dan Saratok tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan feri yang sebelum ini mengambil masa lebih lama.

Selain itu, jaringan baharu tersebut akan melengkapkan integrasi infrastruktur melalui Jambatan Batang Saribas 2 hingga ke Roban, sekali gus mengukuhkan rantaian ekonomi dan mobiliti penduduk di kawasan sekitar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Igan dibuka 16 Mac, hadiah Aidilfitri buat penduduk Bahagian Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.