Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Rambungan siap Julai 2026, setahun lebih awal – Uggah
  • TEMPATAN

Jambatan Rambungan siap Julai 2026, setahun lebih awal – Uggah

Utusan Sarawak 2 days ago
TEMUBUAL… Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke tapak projek Jambatan Batang Rambungan di sini, hari ini

LUNDU: Penantian rakyat Sarawak untuk melihat Jambatan Batang Rambungan siap sepenuhnya bakal berakhir lebih awal apabila projek tersebut kini mencatatkan kemajuan 13.4 peratus mendahului jadual.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jambatan bernilai kira-kira RM82 juta itu dijangka siap pada Julai 2026, hampir setahun lebih awal daripada tarikh asal yang ditetapkan iaitu Mei 2027.

“JKR bersama kontraktor sudah menyusun semula jadual penyempurnaan dan kita berpuas hati dengan perkembangan setakat ini.

“Kontraktor yang dilantik berpengalaman luas dalam pembinaan jambatan dan kita yakin mereka mampu menyiapkannya mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata, walaupun terdapat sedikit isu berkaitan tenaga kerja, khususnya melibatkan keperluan permit tambahan, pihak kontraktor yakin ia dapat diselesaikan segera.

Jambatan Batang Rambungan kini mencatatkan kemajuan 13.4 peratus mendahului jadual. Foto Facebook JKR


“Dari segi logistik dan bahan binaan pula, tiada masalah kerana kebanyakan bahan telah berada di tapak serta memenuhi spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Uggah menegaskan kerajaan negeri akan terus turun padang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pegawai terlibat bagi memantau rapat perkembangan projek tersebut.

Lawatan berkala ini katanya, amat penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti dan diatasi segera.

Beliau berkata apabila jambatan ini siap kelak, penduduk tidak lagi memerlukan perkhidmatan feri di kawasan Rambungan sebagaimana perkhidmatan di Saribas yang telah ditutup selepas jambatan baharu dibuka.

Untuk rekod, Jambatan Batang Rambungan sepanjang 560 meter itu merupakan sebahagian daripada projek Jalan Pesisir Sarawak. Projek berkenaan bermula pada 17 Disember 2019 dengan tempoh siap asal pada 16 Disember 2022.


Namun, kelewatan berlaku susulan kekurangan tenaga kerja, kaedah pelaksanaan serta kegagalan memenuhi jadual ditetapkan JKR. Projek itu sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit.

Bagi memastikan kelancaran, kerajaan negeri melantik Titanium Project Management Sdn Bhd sebagai kontraktor penyelamat yang memulakan kerja pada 19 November 2024.

Pada November lepas, Uggah mendedahkan kemajuan projek sudah mencapai 60 peratus dan mengikut jadual asal Mei 2027 sebelum penstrukturan semula jadual membawa tarikh baharu iaitu Julai 2026.

Oleh Sharul Qaizat & Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuching selepas lawatan rasmi
Next: Punca lewat berjaya diatasi, Jambatan Sejingkat boleh siap Mac 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.