Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Ng. Rasau, Sg. Assan, simbol keterhubungan bagi penduduk Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Ng. Rasau, Sg. Assan, simbol keterhubungan bagi penduduk Sibu

Utusan Sarawak 3 days ago
DETIK BERSEJARAH…Tuai Rumah Martenus Nyuram serta warga dari rumah panjang beliau bergambar bersama Agatha Ting Li Nee pada majlis perasmian Jambatan Ng. Rasau, Sg. Assan.

SIBU: Jambatan Ng. Rasau, Sg. Assan bukan sekadar struktur besi yang merentasi sungai, tetapi merupakan simbol kemajuan, keterhubungan dan masa depan yang lebih baik untuk penduduk setempat.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing ia merupakan bukti nyata bahawa kerajaan tidak pernah melupakan masyarakat luar bandar, khususnya di kawasan pendalaman Sarawak.

“Kita semua tahu bahawa infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik adalah tulang belakang pembangunan,” tambahnya pada najlis Perasmian Jambatan Ng. Rasau, Sg. Assan kelmarin.

Teks ucapan Dato Sri Tiong King Sing telah disampaikan oleh wakilnya Pegawai Tugas-Tugas Khas I Menteri di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Agatha Ting Li Nee.

TERIMA KASIH… Agatha Ting Li Nee menerima borang keahlian Parti Demokratik Progresif (PDP) daripada Tuai Rh. Martenus Nyuram.

Tiong menegaskan tanpa adanya kemudahan tersebut, anak-anak akan kesulitan pergi ke sekolah, petani sulit menjual hasil panen ke pasar, dan warga lanjut usia pun akan mengalami hambatan untuk mengakses layanan kesihatan di klinik.

“Maka, pembinaan jambatan ini akan membuka lebih banyak peluang ekonomi, sosial dan pendidikan kepada seluruh komuniti di sini,” katanya.

Tiong amat berbesar hati melihat kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan pihak kontraktor yang telah menjayakan projek ini.

“Terima kasih atas kesabaran penduduk sepanjang tempoh pembinaan. Ini adalah usaha bersama yang wajar kita banggakan,” ujarnya.

Tiong menegaskan komitmen kerajaan, khususnya melalui agensi yang berkaitan, untuk terus membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan luar bandar.
“Kita akan pastikan tiada rakyat yang tertinggal – tidak kira di bandar mahupun di pendalaman.

“Marilah kita bersama-sama menjaga dan memelihara kemudahan ini demi kepentingan bersama. Gunakan jambatan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan syukur, kerana ia dibina hasil titik peluh dan harapan seluruh komuniti,” tambahnya.

Sementara itu, Tuai Rumah Martenus Nyuram menyatakan jambatan kayu yang menghubungkan rumah panjang mereka selama ini telah runtuh dan terputus dua diakibatkan oleh arus sungai yang deras pada Oktober 2024.

“Sehubungan itu, apabila Dato Sri Tiong King Sing dimaklumkan mengenai hal tersebut, beliau yang begitu prihatin berusaha agar jambatan baharu yang dibina dengan menggunakan bahan besi dibina dengan segera.

“Maka, Jambatan Ng. Rasau, Sg. Assan yang baharu disegerakan pembinaannya pada November 2024 dan siap sepenuhnya sehari sebelum perayaan Krismas 2024,” katanya.

Oleh Raihan Omera Kausar

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Gotong-Royong MPKS tingkat kebersihan, kesedaran sivik
Next: 300 Penduduk meriahkan Program ‘Ngabang’ Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.