Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Nanga Lasi RM4.7 juta siap, lonjak sektor pertanian Meluan
  • TEMPATAN

Jambatan Nanga Lasi RM4.7 juta siap, lonjak sektor pertanian Meluan

Utusan Sarawak 20 hours ago
JAMBATAN Nanga Lasi bernilai RM4.7 juta di Sungai Julau menjadi pemangkin kepada impian membangunkan pusat pertanian moden di kawasan Meluan. Foto JKR Sarawak

JULAU: Siapnya Jambatan Nanga Lasi bernilai RM4.7 juta di Sungai Julau menjadi pemangkin kepada impian membangunkan pusat pertanian moden di kawasan Meluan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin.

Katanya, jambatan tersebut menyediakan akses lebih lancar untuk menghubungkan penduduk dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Lasi dan Klinik Nanga Lasi, sekali gus memudahkan urusan harian termasuk perjalanan murid ke sekolah dengan lebih selamat dan selesa.

“Kawasan Lasi dan Meluan mempunyai kedudukan strategik sebagai hab pertanian di tengah Sarawak, terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari Sarikei dan 80 km dari Sibu, selain berdekatan dengan Lapangan Terbang Sibu, Tanjung Manis dan pelabuhan.

“Ekonomi utama di Lasi adalah pertanian, khususnya kelapa sawit dan lada dengan majoriti penduduk terdiri daripada petani yang mengusahakan tanaman secara berdikari,” katanya. 

UNTUK ALBUM…..Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin (duduk, kanan) serta barisan tetamu kehormat dan orang ramai yang hadir. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Jambatan Nanga Lasi, hari ini. 

Tambahnya, selepas ini, pengeluaran kelapa sawit dan lada dari kawasan ini akan bertambah dengan adanya akses yang lebih mudah melalui jambatan baharu tersebut. 

“Dengan adanya akses yang lebih mudah, secara tidak langsung akan mengurangkan beban kos pengangkutan untuk membawa masuk input dan membawa keluar hasil pertanian,” katanya.

Katanya, jambatan baharu ini disifatkan sebagai pencapaian paling bermakna dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Meluan.

Manakala, bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula tahun depan, beliau berhasrat membina sebuah tempat letak kereta bertingkat di Pekan Julau bagi memenuhi keperluan semasa.

Dalam pada itu, beliau turut memohon peruntukan khas sebanyak RM5 juta bagi membina dan membaiki jalan ladang di kawasan Lasi dan Julau untuk melancarkan pemasaran hasil pertanian.

Katanya lagi, pembangunan infrastruktur moden termasuk pusat pengumpulan hasil pertanian berteknologi khusus untuk tanaman lada akan dibangunkan selepas ini. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JCI Malaysia umum finalis SDA 2025, fokus kepada pembangunan mampan
Next: Rakyat digesa peka terhadap dasar kerajaan demi pembangunan seimbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.