Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Marina di Miri ‘ala-ala’ jambatan San Francisco – Abang Johari
  • TEMPATAN

Jambatan Marina di Miri ‘ala-ala’ jambatan San Francisco – Abang Johari

Utusan Sarawak 6 hours ago
Abang Johari mengendalikan jentera pengorek tanah sebagai simbolik pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Marina, Miri. Foto UKAS. Sementara gambar sebelah kanan adalah jambatan Golden Gate Bridge iaitu jambatan ikonik San Francisco.


MIRI: Jambatan Marina  bukan sahaja bakal menjadi mercu tanda ikonik terbaharu di bandar raya Miri malah melengkapkan Miri yang dikenali sebagai bandar raya peranginan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini beliau telah menyatakan  mengenai lanksap Miri hendaklah dinaik taraf  dengan kemudahan yang ikonik dan selesa kepada masyarakat di sini dan pelawat yang datang. 

Katanya, Miri dikenali sebagai bandar peranginan di utara Sarawak, kalau ia menjadi bandar peranginan ,ia mesti mempunyai kemudahan lengkap termasuk pembinaan Jambatan Marina.

“Lanskap bandar raya Miri mesti dinaik taraf dengan kemudahan ikonik, di samping menyediakan laluan mudah untuk penduduk Miri dan pengunjung yang datang ke sini.

“Kami membangunkan infrastruktur-pertama, untuk meningkatkan sektor pelancongan, dan kedua, untuk menyokong pertumbuhan pertanian moden di utara Sarawak.

“Jambatan ini yang akan menghubungkan Marina ke kawasan Kuala Baram termasuk Pelabuhan Miri akan mewujudkan laluan baharu menghubungkan Miri ke Kuala Baram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah Jambatan Marina di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmianya, Abang Johari berkata,jambatan itu dibina mengambil contoh jambatan di San Francisco.

Menurut beliau, pembinaan Jambatan Marina ini dengan kos RM450 juta itu akan mengambil masa empat tahun untuk siap.

“Apabila siap, jambatan ikonik itu juga akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang berlarutan di sepanjang Jalan Piasau,” katanya.

Jambatan berkonsepkan penahan kabel sepanjang 650 meter ini akan dibina dengan dua lorong, pencahayaan moden serta jalan masuk bertingkat dijangka siap dalam tempoh 36 bulan selepas sesi penganugerahan projek dijangka suku keempat tahun ini.

Ia juga diyakini akan mengurangkan jarak perjalanan antara Marina dan Pulau Melayu daripada 10 kilometer kepada hanya lima kilometer dan masa perjalanan daripada 25 minit kepada hanya lima minit.


Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lo questions DAP Sarawak’s commitment to unity, cites contradictions in PM’s narrative
Next: Terima kasih anak Sarawak atas perpaduan, kecintaan pada negeri – Roy Angau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.