Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Kuala Kemena siap April 2023
  • TEMPATAN

Jambatan Kuala Kemena siap April 2023

Utusan Sarawak 5 years ago
BERJALAN LANCAR… Datuk Julaihi Narawi bersama Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa meninjau perkembangan projek Jambatan Kuala Kemena di Bintulu semalam.

BINTULU: Setakat Jun 2020, perkembangan pembinaan Jambatan Kuala Kemena di sini mencapai tahap 3.92 peratus siap dan dijadualkan siap sepenuhnya April 2023.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, berikutan itu tempoh siapnya jambatan terbabit dilanjutkan kepada tiga bulan memandangkan projek berkenaan turut terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19.

“Siapnya Jambatan Jepak ini membolehkan jarak perjalanan dari bandar Bintulu ke Lapangan Terbang Bintulu hanya sejauh 6.4 kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menunggu ketibaan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk lawatan kerja beliau ke tapak projek pembinaan jambatan terbabit di sini semalam.

Menurutnya, pakej jaringan jalan pesisir pantai dan jalan utama kedua akan turut memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan Bintulu.

Upacara pecah tanah pembinaan jambatan itu dirasmikan Ketua Menteri pada 22 Julai 2019 dengan kos pembinaannya dibiayai sendiri Kerajaan Sarawak dan dimulakan pada 3 April 2019 dan dijangka siap pada April 2023.

Sementara itu, kontrak bernilai RM467 juta itu dianugerahkan kepada PPES Works-CCCC JV.

Komponen projek itu merangkumi pembinaan jambatan empat lorong dua hala menyeberangi Batang Kemena.

“Projek ini juga akan meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi di kawasan ini dengan meningkatkan hubungan dan menyediakan akses yang lebih selamat dan mudah dari bandar besar ke kawasan luar bandar di negeri ini,” katanya.

Hadir sama di tapak projek ialah Menteri Integriti dan Ombudsman, Datuk Talip Zulpilip, Duta Khas Perdana Menteri Ke China, Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera, Datuk John Sikie Tayai, dan Pengerusi SEDC, Tan Sri  Datuk Amar Abdul Aziz Dato’ Husain.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Program pertama SIA kini dibuka
Next: Peruntukan Kerajaan Pusat percepat pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.