Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jambatan Krian hadiah bermakna buat rakyat Sarawak
  • SEMASA

Jambatan Krian hadiah bermakna buat rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
MAJLIS pembukaan rasmi jambatan tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Pembukaan Jambatan Sungai Krian menjadi detik bersejarah dan simbol kemajuan pembangunan infrastruktur di Sarawak apabila ia mula dibuka kepada pengguna jalan raya, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berkenaan merupakan hadiah yang amat bermakna kepada rakyat khususnya penduduk di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, jambatan tersebut bukan sahaja memudahkan pergerakan harian, malah turut meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat.

JAMBATAN sepanjang 1.227 kilometer itu merangkumi struktur utama sepanjang 690 meter dengan 12 span serta dibina sebagai jambatan dua lorong selebar 8 meter. Foto: JKR Sarawak

“Pembukaan jambatan ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan infrastruktur yang moden dan efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pembukaan rasmi jambatan tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Majlis bersejarah itu turut menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan rangkaian jalan pesisir negeri Sarawak.

Projek pembinaan Jambatan Sungai Krian merupakan sebahagian daripada pembangunan Jalan Pesisir Sarawak di bawah Pakej D4.

JAMBATAN sepanjang 1.227 kilometer itu merangkumi struktur utama sepanjang 690 meter dengan 12 span serta dibina sebagai jambatan dua lorong selebar 8 meter. Foto: JKR Sarawak

Ia dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai agensi pelaksana di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Projek tersebut telah siap sepenuhnya dengan nilai kos kontrak sebanyak RM112,499,580.09.

Jambatan sepanjang 1.227 kilometer itu merangkumi struktur utama sepanjang 690 meter dengan 12 span serta dibina sebagai jambatan dua lorong selebar 8 meter.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan jalan pendekatan selebar 6.5 meter di kedua-dua arah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna.

Dengan siapnya jambatan ini, laluan strategik kini menghubungkan Jambatan Batang Saribas No.2 ke persimpangan Roban seterusnya ke Lebuh Raya Pan Borneo.

Tambah Mohamad Duri, sebelum ini pengguna terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit menggunakan perkhidmatan feri, namun kini perjalanan dapat dipendekkan kepada hanya beberapa minit sahaja.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas usaha berterusan dalam memenuhi keperluan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Debaran Syawal: Spekulasi tarikh raya jadi bualan rakyat
Next: 50,284 penerima SKAS di Betong, yang tercicir diminta hubungi Pejabat Residen atau PKMB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.