Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Bintulu-Jepak mudahkan pergerakan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Bintulu-Jepak mudahkan pergerakan penduduk

Utusan Sarawak 2 months ago
JAMBATAN Bintulu-Jepak

BINTULU: Penduduk Jepak menyambut baik pembukaan Jambatan Bintulu-Jepak yang bukan sahaja memendekkan masa perjalanan tetapi juga memudahkan pergerakan harian mereka.

Penduduk Jepak, Ahmad Dhalat, 72, yang ditemui ketika berbasikal melintasi jambatan, meluahkan rasa puas hati dengan kemudahan baharu itu.

AHMAD Dhalat

“Saya sangat berpuas hati sebagai penduduk tempatan kerana jambatan ini memang diperlukan. Dari rumah saya ke pasar, perjalanan kini hanya mengambil sekitar 30 minit dengan basikal.

“Sebelum ini, saya menggunakan feri untuk menyeberangi sungai.

“Walaupun ia tidak juga mengambil masa lama, namun jambatan ini lebih memudahkan, terutama pada waktu malam bagi mereka yang pulang kerja lewat,” katanya.

Sementara itu, Shahril Satim, 41, yang datang bersama keluarga bagi merakam detik bersejarah tersebut, turut berkongsi kegembiraan dengan pembukaan jambatan baharu tersebut.

SHAHRIL Satim

“Saya gembira kerana sudah lama menantikan jambatan ini, yang juga menjadi mercu tanda baharu Bintulu. Laluannya lebih singkat untuk perjalanan pergi dan balik ke Jepak.

“Berbanding jambatan lama (Jambatan Kemena) yang agak jauh, jambatan ini lebih dekat dan lebih mudah diakses. Saya berharap pengguna jalan raya berhati-hati dan menggunakan kemudahan ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Sebuan Besar Jepak, Sauni Sibi pula menekankan kepentingan jambatan tersebut dalam menjimatkan masa perjalanan, khususnya bagi mereka yang bekerja di kawasan Kidurong dan pasar.

SAUNI Sibi

“Sebelum ini, perjalanan dari Kampung Jepak ke Bandar Bintulu mengambil masa sekitar 30 minit menggunakan Jambatan Kemena. Kini dengan Jambatan Bintulu-Jepak, perjalanan menggunakan kenderaan hanya sekitar 10 minit.

“Namun, saya ingin menasihatkan semua pihak agar menjaga kemudahan ini dan mengelakkan sebarang vandalisme atau kecurian.

“Kepada golongan belia pula, jangan jadikan jambatan ini sebagai tempat berlumba (motosikal) kerana ia sangat berbahaya,” katanya.

Jambatan baharu itu dijangka meningkatkan kesalinghubungan serta merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk sekitar Bintulu dan Jepak.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPS Balai Raya Song ditutup
Next: Klinik Kesihatan Jalan Lanang tangguh operasi pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.