Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Bintulu-Jepak kini rasmi dinamakan Jambatan Tun Taib Mahmud
  • TEMPATAN

Jambatan Bintulu-Jepak kini rasmi dinamakan Jambatan Tun Taib Mahmud

Utusan Sarawak 2 days ago
JAMBATAN Bintulu-Jepak kini secara rasmi dinamakan Jambatan Tun Taib Mahmud sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan besar Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam pembangunan Sarawak.

BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak kini secara rasmi dinamakan Jambatan Tun Taib Mahmud sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan besar Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam pembangunan Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Allahyarham merupakan antara tokoh utama yang mencorakkan landskap pembangunan negeri dengan menubuhkan agensi penting seperti Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), membangunkan kawasan seperti Samalaju, dan menarik pelaburan berskala besar ke Sarawak.

“Saya hanya menyambung legasi kerajaan terdahulu yang telah membina asas yang kukuh.

“Andai kata beliau masih hidup, sudah tentu beliau akan terharu melihat jambatan yang kita rasmikan malam ini.

“Sebagai mengenang jasa besar beliau, kita telah membuat keputusan untuk menamakan jambatan ini sebagai Jambatan Tun Taib Mahmud,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Jambatan Bintulu-Jepak di sini, malam ini.

Katanya, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited meningkatkan pendapatan negeri dan memastikan pembangunan yang teratur serta menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.

“Melalui Kerajaan GPS, kita akan berusaha untuk terus meningkatkan pendapatan negeri Sarawak.

“Kita juga komited kepada rakyat dalam memastikan pembangunan yang teratur dan menyeluruh,” ujarnya.

Jambatan yang menghubungkan kawasan Jepak dengan pusat bandar Bintulu itu dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan seimbang di kawasan sekitarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bangunan Tempat Transit Gelandangan Bintulu siap, mula operasi Oktober – Fatimah
Next: Jangan terpedaya akaun TikTok palsu Tengku Ampuan Pahang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.