Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Bintulu-Jepak kini rasmi dibuka kepada orang awam
  • Utara
  • WILAYAH

Jambatan Bintulu-Jepak kini rasmi dibuka kepada orang awam

Utusan Sarawak 2 months ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas memotong reben sebagai simbolik perasmian pra pelancaran Jambatan Bintulu-Jepak.

BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak kini rasmi dibuka kepada orang awam, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kerajaan Sarawak meningkatkan jaringan infrastruktur dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jambatan empat lorong itu bukan sekadar projek infrastruktur biasa, tetapi sebahagian daripada strategi kerajaan Sarawak dalam meningkatkan jaringan jalan raya dan menghubungkan lebih banyak kawasan luar bandar ke bandar utama.

“Jambatan ini membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

“Ia bukan sekadar retorik, tetapi satu realiti yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan simbolik perasmian pra pelancaran Jambatan Bintulu-Jepak hari ini.

TAKLIMAT… Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendengar taklimat mengenai projek Jambatan Bintulu-Jepak daripada Pengarah JKR Sarawak, Dr. Cassidy Morris.

Beliau turut menepis dakwaan pembangkang yang sebelum ini memperkecilkan usaha kerajaan dalam membangunkan Sarawak.

“Mereka selalu menuduh kerajaan dengan dakwaan tidak berasas.

“Namun, hakikatnya projek utama seperti 16 jambatan di bawah projek Jalan Pesisir dan Second Trunk Road yang bernilai RM11 bilion sedang berjalan lancar.

“Malah, beberapa jambatan lain juga akan siap menjelang hujung tahun ini,” jelasnya.

Menurut Uggah, kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 bilion bagi memperkukuh sistem jalan raya di Sarawak, termasuk projek yang dikendalikan oleh agensi serantau.

“Bulan lalu, kita telah merasmikan Jambatan Muara Lassa yang menghubungkan tanah besar ke Pulau Bruit. Ini satu lagi pencapaian besar bagi pembangunan infrastruktur negeri,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai nama rasmi jambatan tersebut, Uggah berkata ia akan diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis perasmian yang dijangka diadakan pada Julai.

“Buat masa ini, kita panggil ia Jambatan Bintulu-Jepak.

“Kalau Jepak saja, nanti ada yang tidak puas hati,” katanya berseloroh sambil melirik ke arah ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, mencetuskan gelak tawa hadirin.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak bertanggungjawab yang cuba menjejaskan keyakinan terhadap usaha pembangunan negeri.

“Rakyat boleh menilai sendiri. Kita tidak sekadar bercakap, kita laksanakan,” tegasnya.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir mulai surut di pekan Kanowit
Next: RM260,000 naik taraf keselesaan pesakit, kakitangan Hospital Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.