Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Bintulu-Jepak dirasmikan esok, nama rasmi bakal diumum Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Jambatan Bintulu-Jepak dirasmikan esok, nama rasmi bakal diumum Premier Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
JAMBATAN Bintulu-Jepak.

BINTULU: Majlis Perasmian Jambatan Bintulu-Jepak dijadual berlangsung esok pada 8.00 malam dan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jambatan sepanjang 1.283 kilometer yang dibina merentasi Sungai Kemena ini merupakan projek strategik kerajaan Sarawak untuk memperkukuh rangkaian jalan di Bintulu serta merancakkan pembangunan di kawasan Jepak dan sekitarnya.

Difahamkan, nama rasmi jambatan tersebut akan diumumkan oleh Premier Sarawak semasa majlis perasmian itu.

Beberapa gimik pelancaran turut dijangka memeriahkan majlis termasuk persembahan lampu hiasan, perarakan perahu berhias dan pertunjukan bunga api.

Projek jambatan ini juga dilihat sebagai simbol komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan infrastruktur moden serta menyediakan akses yang lebih mudah dan pantas kepada rakyat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 22 Julai bukan sekadar sejarah, tapi semangat pembangunan Sarawak
Next: Wilfred Yap officiates education excellence awards and Sarawak Day celebration

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.