Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Beleti RM5 juta siap, tingkat keselamatan dan perhubungan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Beleti RM5 juta siap, tingkat keselamatan dan perhubungan penduduk

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa melakukan lawatan projek siap ke jambatan konkrit berkenaan bagi menilai kualiti kerja sebelum penyerahan rasmi kepada agensi penyelenggara. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Projek pembinaan Jambatan Beleti bernilai RM5 juta yang merentangi Sungai Undop di Kampung Beleti Sabu kini siap sepenuhnya.

Projek itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dari segi keselamatan serta kemudahan perhubungan.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, beliau telah melakukan lawatan projek siap ke jambatan konkrit berkenaan bagi menilai kualiti kerja sebelum penyerahan rasmi kepada agensi penyelenggara.

Menurut Harden, lawatan itu bertujuan memastikan projek yang dilaksanakan menepati spesifikasi ditetapkan serta mampu berfungsi dengan baik untuk jangka panjang demi kepentingan rakyat di kawasan luar bandar.

“Jambatan ini amat penting kerana ia menjadi penghubung utama penduduk Kampung Beleti dan kawasan sekitarnya, sekali gus memudahkan pergerakan harian serta menyokong aktiviti ekonomi penduduk,” katanya semasa lawatan tersebut.

JAMBATAN Beleti. Foto: ADUN Simanggang

Beliau menjelaskan, projek Jambatan Beleti dibiayai melalui peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA), dilaksanakan oleh Rosben Holding Sdn Bhd dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman sebagai agensi pelaksana.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut meninjau tapak cadangan naik taraf jalan akses dari Gereja Saint Lawrence ke jambatan berkenaan dan seterusnya ke Kampung Beleti, yang dijangka meningkatkan lagi tahap kebolehcapaian penduduk luar bandar.

Selain itu, beliau turut memeriksa kerja pembaikan Jambatan Sebujok yang mengalami rekahan di bahagian pangkal, susulan aduan penduduk setempat, dengan kerja pembaikan dilaksanakan oleh kontraktor ER Enterprise.

Rombongan lawatan turut meliputi projek pemasangan tiga pembetung di sepanjang Jalan Kampung Sungai Reboh–Kampung Paku Ili, Batu Lintang Undop, bagi memperbaiki sistem saliran dan mengurangkan risiko banjir serta kerosakan jalan.

Hadir sama wakil JKR Bahagian Sri Aman, SADA, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, pihak kontraktor serta Ahli Majlis Majlis Daerah Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RM402,000 disalurkan bantu Tabika, Taska KEMAS dan PIBG di Parlimen Betong
Next: Pangkah gasing terus dihidupkan, tarik minat generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.