Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jambatan Batang Saribas 1 dibuka rasmi, tamatkan penantian penduduk pesisir Sarawak
  • SEMASA

Jambatan Batang Saribas 1 dibuka rasmi, tamatkan penantian penduduk pesisir Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
PERASMIAN Jambatan Batang Saribas 1 disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto UKAS

BETONG: Penantian selama bertahun-tahun penduduk di kawasan pesisir Sarawak berakhir hari ini apabila Jambatan Batang Saribas 1 dibuka secara rasmi, menandakan permulaan lembaran baharu yang diharapkan mampu meningkatkan kemudahan dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Tiada lagi penantian panjang di tebing sungai dan tiada lagi kebergantungan kepada feri yang mengambil masa sehingga 30 minit untuk menyeberang.

Kini, hanya beberapa minit diperlukan untuk merentas Sungai Batang Saribas berkat infrastruktur mega yang menjadi simbol kemajuan luar bandar Sarawak.

Perasmian jambatan yang dinantikan ini disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Perasmian Jambatan Batang Saribas 1 hari ini. Foto UKAS

Kos pembinaan mencecah RM375.5 juta, jambatan sepanjang 1.55 kilometer (km) ini berdiri megah dengan 16 bentang, menyambungkan laluan sepanjang 6.7 km yang turut melibatkan penaiktarafan dan pembinaan jalan baharu di kedua-dua sisi Beladin dan Pusa.

Selain jambatan utama, projek ini turut melibatkan penaiktarafan jalan sedia ada sejauh 0.887 km di Beladin dan 1.62 km di Pusa serta pembinaan jalan baharu masing-masing sejauh 1.85 km di Beladin dan 0.79 kilometer di Pusa.

Bagi masyarakat yang selama ini bergantung kepada feri sebagai satu-satunya pengangkutan merentasi sungai, jambatan ini ibarat nafas baharu.

PERASMIAN Jambatan Batang Saribas 1 disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto UKAS

Projek ini juga menandakan keupayaan dan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan luar bandar lantas menjadikan kawasan pesisir tidak lagi terpinggir.

Turut hadir menyaksikan perasmian ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jalan pesisir Sarawak pemacu pembangunan luar bandar nenjelang 2030
Next: GPS peruntuk RM5.9 bilion bina 16 jambatan seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.