Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Saribas 1 dibuka kepada orang ramai hari ini, memendekkan perjalanan tanpa feri
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Saribas 1 dibuka kepada orang ramai hari ini, memendekkan perjalanan tanpa feri

Utusan Sarawak 12 hours ago
Sekitar majlis prapelancaran Jambatan Batang Saribas 1 hari ini. Foto FB JKR

BETONG: Jambatan Batang Saribas 1, mercu tanda baharu serta simbol kemajuan infrastruktur di Sarawak, dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sebelum menjelang sambutan perayaan Hari Gawai Dayak.

Majlis prapelancaran jambatan bernilai RM375.5 juta itu disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.

Menurut Cawangan Komunikasi Korporat JKR, pembinaan Jambatan Batang Saribas 1 melibatkan pembinaan struktur sepanjang 1.55 kilometer merangkumi laluan dua lorong, pembinaan jalan baharu serta penaiktarafan jalan sedia ada di kawasan Pusa dan Beladin.

Projek ini dilaksanakan bagi meningkatkan jaringan hubungan antara kawasan pesisir dan bandar utama seperti Betong, Sarikei dan Sibu.

Ini sekali gus menyediakan akses yang lebih efisien kepada penduduk setempat dalam menjalani kehidupan harian. 

Ia menyatakan bahawa pembinaan jambatan ini juga menggantikan perkhidmatan feri yang telah lama digunakan, dan kini mengurangkan masa perjalanan antara Pusa dan Beladin daripada 30 minit kepada hanya beberapa minit.

Kejayaan pelaksanaan projek ini katanya, membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuhkan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. 

Ia turut berperanan sebagai laluan alternatif kepada Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, sekali gus memperluas rangkaian pengangkutan strategik negeri ini.

Gambar: FB JKR

Continue Reading

Previous: 2,981 anggota sertai 234 pasukan Bomba Komuniti di Sarawak sejak 2021
Next: Jambatan Batang Saribas 1: Penantian lebih 60 tahun penduduk berakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.