Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Lupar 2 dijangka siap 2026, singkatkan perjalanan Sri Aman-Betong
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Lupar 2 dijangka siap 2026, singkatkan perjalanan Sri Aman-Betong

Utusan Sarawak 2 months ago
DR Cassidy melakukan lawatan tapak rasmi ke projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2, hari ini. Foto JKR Sarawak

SIMANGGANG: Jambatan Batang Lupar 2 dijangka akan siap pada suku pertama tahun depan, kata Pengarah Kerja Raya Sarawak, Dr Ir. Cassidy Morris.

Jambatan ini, katanya, akan menjadi mercu tanda utama bukan sahaja bagi Sarawak, tetapi juga bagi Malaysia secara keseluruhannya. 

“Jambatan Batang Lupar 2 yang kini sedang dalam pembinaan dijangka menjadi jambatan kabel (Cable-Stayed Bridge) tertinggi di Malaysia apabila siap sepenuhnya.

“Dengan ketinggian mencapai 145.5 meter (m) setara dengan bangunan 45 tingkat dan panjang 870 m, jambatan ini bakal mencatatkan rekod sebagai jambatan kabel tertinggi di Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR), hari ini.

Dalam pada itu, satu lawatan tapak rasmi ke projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 telah diadakan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Cassidy, berkata apabila siap pada suku pertama tahun depan, jambatan ini akan mempercepatkan pergerakan rakyat dan meningkatkan lagi rangkaian pengangkutan di zon tengah Sarawak.

“Ia akan menghubungkan bandar Sri Aman dengan pekan Betong merentasi Sungai Batang Lupar.

“Jajaran jalan sepanjang 21 kilometer (km) termasuk 3.2 km ke bandar Simanggang dan 3.8 km ke pekan Betong merupakan sebahagian daripada Laluan Jalan Utama Kedua.

“Apabila siap kelak, perjalanan antara Sri Aman dan Betong akan dipendekkan daripada 71 km kepada hanya 28 km, manakala masa perjalanan juga akan berkurang daripada satu jam kepada hanya 30 minit,” jelasnya.

Dr. Cassidy juga menegaskan komitmen JKR untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan efisien dan selamat demi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan pembangunan Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak laksana Kajian Pembangunan Pelan Induk Kesihatan Awam Sarawak 2050
Next: Perkukuh hubungan strategik demi pastikan maklumat tepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.