Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Batang Lupar 2 capai kemajuan 70.69 peratus, dijangka siap Mac 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Batang Lupar 2 capai kemajuan 70.69 peratus, dijangka siap Mac 2026

Utusan Sarawak 4 days ago
 DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa melakukan lawatan di tapak pembinaan Jambatan Batang Lupar 2, hari ini. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 kini mencapai kemajuan 70.69 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mac 2026, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, jambatan yang menelan kos RM223.6 juta itu mempunyai panjang keseluruhan 2.2 kilometer, termasuk jambatan kabel sepanjang 870 meter dengan ketinggian 145.5 meter.

“Hari ini kita telah melihat sendiri kemajuan pembinaan jambatan ini dan berpuas hati dengan prestasi semasa projek.

“Nampaknya tiada masalah besar dihadapi, cuma faktor cuaca menjadi sedikit cabaran,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan tapak pembinaan jambatan tersebut dekat sini hari ini.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) berkata, semua bahan binaan, tenaga kerja dan jentera telah mencukupi di tapak projek, sekali gus meyakinkan kerajaan bahawa kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa. Dasar kita ialah melawat ke tapak-tapak projek bagi mengenal pasti masalah yang mungkin timbul dan memastikan ia diselesaikan segera.

FOTO: Adi Safarman

“Pendekatan ini penting bagi menjamin semua projek siap mengikut jadual,” jelasnya.

Uggah turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen kontraktor, pembekal dan agensi pelaksana yang terlibat kerana menunjukkan kerjasama berterusan serta semangat kolaboratif dalam memastikan kelancaran projek.

Apabila siap kelak, Jambatan Batang Lupar 2 akan menjadi penghubung penting antara Bandar Simanggang dan Betong, sekali gus memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada kurang 30 minit.

Projek ini juga akan disambungkan dengan pembinaan Jalan Utama Kedua Pakej B4 Betong yang menghubungkan Jambatan Batang Lupar 2 di Sri Aman ke Persimpangan Jalan Lidong, Betong.

Menurut Uggah, pembinaan jambatan dan jalan utama kedua itu bakal menjadi ‘game changer’ dalam membuka kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap jauh daripada jaringan jalan raya utama.

“Dengan pembinaan jambatan ini, ia turut akan menyokong pembangunan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling di Spaoh, terutamanya bagi pengangkutan barangan pertanian dan produk tempatan dari Sri Aman dan Betong,” katanya.

Secara keseluruhannya, projek Jambatan Batang Lupar 2 dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di sepanjang koridor Sri Aman–Betong.

Ia bakal memendekkan jarak perjalanan antara dua bandar itu daripada 73 kilometer melalui Lebuh Raya Pan Borneo kepada hanya 37 kilometer, serta memperkukuh pembangunan sosioekonomi wilayah pesisir Sarawak.

Turut hadir, Setiausaha Tetap MIPD Datu Chiew Chee Yau, Timbalan Pengarah (Infrastruktur) JKR Sarawak Ir. Wisil Lichok, Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh dan Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Lenny Busuri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program ziarah agihan kuih bulan, tanda penghargaan kepada warga emas
Next: Taman Negara Bukit Lambir rai Jubli Emas 50 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.