Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Lupar 1 pemacu pembangunan pesisir Sarawak
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Lupar 1 pemacu pembangunan pesisir Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Norman B

PETRA JAYA: Jambatan Batang Lupar 1 menjadi pemacu baharu pembangunan pesisir Sarawak dengan membuka akses lebih baik, merancakkan ekonomi setempat serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengalaman menyertai konvoi motosikal bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas perasmian jambatan itu memberi gambaran jelas mengenai perubahan besar hasil pembangunan infrastruktur berkenaan.

Beliau berkata, perjalanan melalui jajaran Lebuhraya Pesisir (Coastal Highway) dari Kuching, Samarahan, Sebuyau hingga ke Pusa dan Meludam menunjukkan bagaimana rangkaian jalan raya serta jambatan mampu menghubungkan kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

“Jambatan ini adalah satu ‘game changer’ kerana ia memudahkan rakyat bergerak, selain membolehkan hasil pertanian, perikanan dan produk tempatan dibawa ke pasaran dengan lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Sidang Media Larian Separuh Maraton Warisan Kuching 2026 di sini, hari ini.

Menurut Abdul Karim, sebelum ini penduduk di kawasan berkenaan perlu bergantung kepada perkhidmatan feri untuk menyeberangi Batang Lupar yang mengambil masa hampir sejam, namun kini perjalanan menjadi lebih pantas dan selesa.

Katanya, manfaat pembangunan infrastruktur tidak seharusnya hanya dinilai dari sudut pulangan kewangan, sebaliknya melalui kesan lebih luas kepada masyarakat termasuk pertumbuhan ekonomi, peluang perniagaan serta peningkatan nilai hartanah.

Beliau berkata, pembangunan jalan raya dan jambatan turut memberi impak besar terhadap nilai tanah di kawasan sekitar apabila akses yang lebih baik menjadikan kawasan berkenaan lebih berpotensi untuk berkembang.

“Dahulu ada kawasan yang nilai tanahnya rendah kerana masalah akses, tetapi apabila jalan raya dan jambatan dibina, nilainya meningkat dengan ketara. Ini adalah antara manfaat pembangunan yang kadangkala tidak dilihat secara langsung,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kejayaan menyiapkan Jambatan Batang Lupar 1 sebagai bukti komitmen kerajaan Sarawak meneruskan projek strategik walaupun ia sebelum ini tidak diteruskan di peringkat Persekutuan sebelum diambil alih oleh kerajaan negeri.

Katanya, pembangunan prasarana seperti jambatan dan jalan raya akan terus menjadi pemangkin dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pesisir Sarawak.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Sarawak Metro hantar pasukan jalani latihan industri di Changsha
Next: Ibu bapa rayu bantuan kesan anak perempuan hilang hampir tiga bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.