Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Igan dibuka, tamatkan 30 tahun perkhidmatan feri
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Igan dibuka, tamatkan 30 tahun perkhidmatan feri

Utusan Sarawak 5 hours ago
JAMBATAN Batang Igan yang sekian lama dinantikan akhirnya dibuka kepada orang awam hari ini. Foto JKR Sarawak

IGAN: Jambatan Batang Igan yang sekian lama dinantikan akhirnya dibuka kepada orang awam hari ini, sekali gus menamatkan kira-kira 30 tahun operasi perkhidmatan feri di kawasan berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembukaan jambatan tersebut menjadi detik bersejarah khususnya kepada masyarakat di Igan dan kawasan sekitarnya yang sekian lama bergantung kepada feri sebagai penghubung utama.

“Bermula hari ini jambatan ini secara rasmi boleh digunakan oleh orang awam. Ia satu peristiwa yang amat bersejarah kerana turut menandakan berakhirnya operasi feri yang telah berkhidmat di sini hampir 30 tahun.

“Dengan siapnya jambatan ini, perkhidmatan feri tersebut kini menjadi sebahagian daripada sejarah bagi penduduk di kawasan ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Prapelancaran Jambatan Batang Igan di sini, hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika merasmikan Majlis Prapelancaran Jambatan Batang Igan, hari ini.

Menurutnya, jambatan sepanjang 1.439 kilometer yang dibina dengan kos RM285.5 juta itu membuktikan komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menunaikan janji membina lebih 20 jambatan di seluruh negeri.

Dalam pada itu, Uggah turut menyifatkan tahun ini sebagai ‘tahun menuai jambatan’ apabila beberapa lagi projek jambatan di Sarawak dijangka siap dan dibuka kepada orang awam.

“Kejayaan menyiapkan projek ini mencerminkan kesungguhan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam merealisasikan janji membina lebih 20 jambatan di Sarawak.

“Projek jambatan ini dibiayai menggunakan dana kerajaan negeri selepas tiga projek jambatan termasuk Jambatan Batang Igan pernah dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2018,” katanya.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas (empat dari kiri) ketika merasmikan Majlis Prapelancaran Jambatan Batang Igan, hari ini.

Tambah beliau, usaha kerajaan Sarawak mendapatkan sumber kewangan sendiri membolehkan projek tersebut diteruskan sehingga berjaya disiapkan.

Dalam perkembangan sama, beliau yakin menjelang hujung tahun ini perkhidmatan feri dari Kuching hingga ke Miri akan ditamatkan sepenuhnya apabila semua projek jambatan siap.

“Buat masa ini masih ada beberapa lokasi seperti di Paloh yang menggunakan feri, namun apabila jambatan di kawasan itu siap kelak, perkhidmatan tersebut juga akan ditamatkan.

“Usaha ini juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menyasarkan Sarawak mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 115 anggota LSS, 15 bot peronda pantau keselamatan sungai musim perayaan
Next: Juadah tradisi hidupkan suasana Bazar Ramadan Pasar Dayak Kem Penrissen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.