Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Bandar Lawas buka ruang pembesaran bandar Lawas 
  • TEMPATAN

Jambatan Bandar Lawas buka ruang pembesaran bandar Lawas 

Utusan Sarawak 4 hours ago
LAWATAN KERJA…Awang Tengah sewaktu melawat tapak Jambatan Bandar Lawas.

LAWAS: Pembukaan Jambatan Bandar Lawas pada September tahun ini bakal membuka ruang untuk pelaksanaan beberapa projek pembesaran bandar Lawas di kawasan seberang sungai Lawas.  

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut memberitahu bahawa jambatan ini juga sebahagian daripada rangkaian bagi laluan Lebuh Raya Pesisir Utara(NCH) yang akan melalui bandar Lawas terus menghubungkan kawasan seberang bandar Lawas menuju ke Jalan Merapok hingga ke Sabah.  

LAWATAN KERJA…Awang Tengah sewaktu melawat tapak Jambatan Bandar Lawas.

“Jambatan Bandar Lawas ini dari segi perkembangannya, sudah mencapai 97 peratus atau tepatnya 97.2 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada  September tahun ini. 

“Pada masa ini ada beberapa perkara lagi  yang perlu dibuat dan kita juga membuat beberapa pertambahan untuk mengindahkan lagi jambatan ini.

“Apabila siap jambatan ini kelak, ia akan memendekkan masa untuk perjalanan ke bandar Lawas dan ianya akan menyambung terus ke seberang Jalan Lawas ke Merapok ke Sabah itu dan ini adalah sebahagian daripada projek di bawah NCH,”katanya ketika melakukan lawatan kerja ke jambatan dan tapak bangunan baru PERKIM Cawangan Lawas petang semalam.

LAWATAN KERJA…Awang Tengah sewaktu melawat tapak Jambatan Bandar Lawas.

Awang Tengah mendedahkan beberapa projek mega telah dirancang untuk pembangunan seberang Sungai Lawas antaranya stadium bola sepak, pusat komersil dan beberapa projek melibatkan sektor pelancongan. 

Ini bertujuan agar pembangunan setara berlaku di kawasan bandar Lawas dan seberang bandar Lawas itu sendiri.

LAWATAN KERJA…Awang Tengah sewaktu melawat tapak Jambatan Bandar Lawas.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pengarah Agensi Pembangunan Utara Sarawak(NRDA) Datu Ubaidillah Latip, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa, Pengarah Urusan Tektonic and Sons Lee Chin Tek dan Pengerusi PERKIM Cawangan Lawas Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Pembangunan semula pekan Trusan akan menjadikannya sebagai bandar transit utama Lawas
Next: 76 projek pembangunan, naik taraf sekolah di Sarawak bernilai RM4.53 bilion dilaksanakan – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.