Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jambatan baharu Jalan Moh Seng siap, beri kelegaan kepada penduduk
  • SEMASA

Jambatan baharu Jalan Moh Seng siap, beri kelegaan kepada penduduk

Utusan Sarawak 4 hours ago
JAMES Jimbun yang mewakili ADUN Krian telah bersama agensi pelaksana dan kontraktor melakukan lawatan tapak projek siap pembinaan jambatan baharu di Jalan Moh Seng, pagi tadi. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Projek pembinaan jambatan baharu di Jalan Moh Seng yang telah siap sepenuhnya memberi kelegaan kepada penduduk setempat yang sebelum ini berdepan kesukaran menggunakan jambatan lama terutama ketika musim tengkujuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, kemudahan infrastruktur seperti itu amat penting bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan penduduk di kawasan berkenaan.

JAMES Jimbun yang mewakili ADUN Krian telah bersama agensi pelaksana dan kontraktor melakukan lawatan tapak projek siap pembinaan jambatan baharu di Jalan Moh Seng, pagi tadi. Foto: ADUN Krian

Menurut beliau, projek bernilai RM500,000 itu dilaksanakan bagi menggantikan jambatan lama yang sering tenggelam apabila paras air meningkat setiap kali banjir melanda kawasan tersebut.

Katanya, dengan siapnya jambatan baharu itu, penduduk Jalan Moh Seng kini tidak lagi perlu bimbang untuk berulang-alik menjalankan aktiviti harian termasuk ke tempat kerja, sekolah dan urusan lain.

Lawatan tapak projek siap berkenaan telah diadakan pada pagi tadi melibatkan Pusat Khidmat DUN Krian bersama beberapa agensi kerajaan bagi meninjau sendiri kemudahan yang telah disiapkan.

JAMES Jimbun yang mewakili ADUN Krian telah bersama agensi pelaksana dan kontraktor melakukan lawatan tapak projek siap pembinaan jambatan baharu di Jalan Moh Seng, pagi tadi. Foto: ADUN Krian

Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong, Pejabat Residen Bahagian Betong serta Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) selain pihak kontraktor yang melaksanakan projek tersebut.

Friday berkata, projek berkenaan diluluskan melalui peruntukan BDDA sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak memperkukuh pembangunan infrastruktur luar bandar.

Beliau menjelaskan kawasan DUN Krian turut menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM200 juta melalui BDDA untuk melaksanakan pelbagai projek yang dikenal pasti berdasarkan keperluan rakyat.

Hadir semasa lawatan tersebut ialah Pegawai Pusat Khidmat DUN Krian James Jimbun yang mewakili ADUN Krian, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong Mohd Radzi, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Betong Kato Dorsie, wakil BDDA serta pemimpin masyarakat setempat termasuk Kapitan Law Phung Seng dan Chiew Pang Siew.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petisyen difailkan demi kejelasan hak petroleum Sarawak – Abdul Karim
Next: YKN wujudkan platform bantu remaja perempuan berdepan fasa kehidupan mencabar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.