Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan tangani cabaran sektor pertanian
  • SEMASA

Jalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan tangani cabaran sektor pertanian

Utusan Sarawak 1 day ago
PERASMIAN… Dato Sri Wong Soon Koh pada majlis penutupan Persidangan Peladang Kebangsaan 2025 dan Mesyuarat Agung Tahunan hari ini.

SIBU: Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia (PPSM) digesa agar menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan bagi menangani pelbagai cabaran yang dihadapi sektor pertanian ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kerjasama strategik antara persatuan dan agensi kerajaan penting dalam usaha memartabatkan sektor pertanian serta mencapai keseimbangan yang lebih mampan dalam industri.

“Sektor pertanian kini berdepan pelbagai cabaran, antaranya kenaikan kos baja dan racun serangga, kekurangan tenaga kerja serta ketidaktentuan cuaca.

“Tidak dinafikan agak sukar untuk melibatkan pekerja asing disebabkan isu dokumentasi dan syarat berkaitan. Kos input pertanian yang semakin meningkat juga memberi tekanan kepada golongan petani,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Peladang Kebangsaan 2025 dan Mesyuarat Agung Tahunan di sini, hari ini.

Menurut Wong, petani perlu bersedia untuk beralih kepada kaedah pertanian moden termasuk penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan dron bagi meningkatkan hasil dan kecekapan operasi.

“Perubahan ini memerlukan proses pembelajaran dan penyesuaian. Namun, kita faham bahawa petani kecil-kecilan mungkin tidak mampu menanggung kos teknologi ini.
Oleh itu, pemain industri berskala besar perlu tampil membantu dan menerajui inisiatif ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai program tersebut, Wong berkata, sebanyak 37 organisasi dari seluruh negara telah mengambil bahagian, termasuk penyertaan aktif dari Pulau Pinang.

“Kehadiran peserta sangat menggalakkan, khususnya dari Pulau Pinang yang menghantar 67 perwakilan.

“Sebanyak lima pembentangan telah diadakan sepanjang program, merangkumi topik berkaitan teknik pertanian terkini hingga kepada langkah pencegahan. Saya percaya para peserta memperoleh banyak ilmu dan manfaat,” katanya.
Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu autonomi Sarawak tidak perlu dibawa ke Parlimen
Next: SUPP Piasau agih 350 bunga teluki sempena Hari Ibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.