Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalinkan kerjasama baik demi majukan penduduk Taman Sri Jaya
  • WILAYAH

Jalinkan kerjasama baik demi majukan penduduk Taman Sri Jaya

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Francis Harden Hollis merasmikan Majlis ‘Pemesai Begulai Enggau Rayat’ bertempat di Pusat Kegiatan Kraftangan Balai Raya Taman Sri Jaya, hari ini. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dayak Taman Sri Jaya telah menganjurkan Majlis ‘Pemesai Begulai Enggau Rayat’ bertempat di Pusat Kegiatan Kraftangan Balai Raya Taman Sri Jaya, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata majlis yang amat bermakna itu perlu dimanfaat oleh penduduk untuk merapatkan perhubungan sesama mereka dan menjalinkan kerjasama yang baik demi memajukan penduduk di kawasan Taman Sri Jaya.

“Dalam aspek pembangunan infrastruktur kita telah mengagihkan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menaik taraf Balai Raya Taman Sri Jaya ini secara berfasa bermula dari ruang yang kecil sehingga telah dibesarkan seperti keadaan sekarang dan lengkap dengan tandas lelaki dan wanita yang lebih selesa,” katanya.

DATUK Francis Harden Hollis merasmikan Majlis ‘Pemesai Begulai Enggau Rayat’ bertempat di Pusat Kegiatan Kraftangan Balai Raya Taman Sri Jaya, hari ini. Foto ADUN Simanggang

Mengenai keselamatan di taman-taman perumahan, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu mengingatkan para penghuni agar bekerjasama memastikan persekitaran taman sebagai tempat yang selamat dan mesra penduduk.

Ketika mengulas isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi JKKK Taman Sri Jaya (Dayak), beliau menerangkan untuk mewujudkan bidang kuasa Ketua Kaum perlu dibuat kertas kerja, dibentangkan kepada Panel Pemilihan Ketua Kaum dan mendapat kelulusan oleh Setiausaha kerajaan Sarawak. 

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada penduduk Taman Sri Jaya berjumpa dengan wakil rakyat sambil mendengar perkembangan terkini dasar pembangunan Sarawak.

Di samping itu, majlis juga bertujuan menghimpunkan penduduk Taman Sri Jaya yang pada hari biasa sibuk dengan kehidupan masing-masing dan tidak berpeluang berjumpa secara bersemuka.

Pengisian pada majlis tersebut telah diadakan penyampaian insentif pelajar cemerlang kepada lapan penerima peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ini sebahagian daripada agenda penubuhan JKKK dalam memberi galakan kepada pelajar untuk lebih cemerlang dalam pendidikan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jawatankuasa gereja sentiasa cari jalan dampingi masyarakat
Next: Buaya dewasa ditemui mati ketika operasi pemindahan di Sungai Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.