Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jalin hubungan sulit, Menteri New Zealand dipecat
  • GLOBAL

Jalin hubungan sulit, Menteri New Zealand dipecat

Utusan Sarawak 5 years ago
PERDANA Menteri Jacinda Ardern mengatakan pejabatnya menerima e-mel, mendakwa Lees-Galloway mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan yang pernah bekerja di agensi di bawah kementeriannya.

WELLINGTON: Menteri Imigresen New Zealand, Iain Lees-Galloway, dipecat semalam selepas didapati menjalin hubungan sulit dengan stafnya, lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Jacinda Ardern pada satu sidang media.

Beliau berkata, pejabatnya menerima e-mel daripada pihak ketiga, mendakwa Lees-Galloway mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan yang pernah bekerja di agensi di bawah kementeriannya. 

Katanya, Lees-Galloway mengesahkan ada menjalin hubungan dengan seseorang yang pernah bekerja di pejabatnya. 

“Jelas kepada saya kedudukannya sebagai Menteri tidak dapat dipertahankan,” katanya.

Lees-Galloway mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya itu dan memutuskan untuk tidak menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, katanya.

“Saya telah melakukan tindakan yang salah dan tidak boleh terus memegang jawatan  sebagai menteri,” kata Lees-Galloway dalam satu kenyataan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai anggota Parlimen. – Bernama

Continue Reading

Previous: Beijing mahu AS batalkan hasrat tutup Konsulat China
Next: Galaxy Note 20, telefon mudah alih 5G termurah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.