Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jalil Hamid luah hasrat miliki kediaman baharu jauh daripada kesibukan – Anak
  • HIBURAN

Jalil Hamid luah hasrat miliki kediaman baharu jauh daripada kesibukan – Anak

Utusan Sarawak 10 hours ago
AFIQAH Abdul Jalil, 33, tidak dapat menahan kesedihan semasa memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bapanya yang juga pelakon veteran Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid, 69, pada upacara pengkebumian di Tanah Pekuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini. Foto: Bernama

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid ada meluahkan keinginan memiliki kediaman baharu jauh daripada kesibukan sehari sebelum beliau meninggal dunia tengah hari tadi.

Anaknya Afiqah, 33, menyifatkan luahan itu seolah-olah menjadi petanda bapanya akan pergi, walaupun semasa itu tiada perubahan ketara dilihat pada tahap kesihatan Allahyarham.

“Kami makan malam bersama di rumah semalam dan semasa bersembang, ayah beritahu terasa hendak membeli rumah tetapi tidak mahu yang terletak di tepi lebuh raya. Bila teringat, mungkin ini rumah yang dimaksudkan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini hari ini.

Afiqah, anak kelima daripada enam beradik berkata bapanya menghidap masalah jantung bengkak menyebabkan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini tidak kesampaian.

Bagaimanapun, keadaan Allahyarham dilaporkan stabil dan sepatutnya menjalani penggambaran malam ini selain merancang ke Singapura bagi menghadiri pelancaran buku biografinya pada minggu hadapan.

HARITH Abdul Jalil, 36, (tiga, kanan) bersama adiknya Hiriz Abdul Jalil, 31, (kanan) mengaminkan bacaan doa selepas hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah pelakon veteran Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid, 69, pada upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, hari ini. Foto: Bernama

“Meskipun tidak dapat ke Tanah Suci, ayah tetap aktif seperti biasa. Pagi tadi ibu memaklumkan ayah berehat selepas solat subuh, namun apabila diperiksa semula kira-kira 12.00 tengah hari, beliau sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Afiqah berkata dimaklumkan perkara itu semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, menyebabkan dirinya segera berpatah balik ke rumah.

Wanita itu berkata kehilangan Allahyarham amat dirasai, apatah lagi bapanya baru menyambut ulang tahun kelahiran pada 25 April selain menyifatkan kesempatan merakamkan lagu dengan arwah sebagai kenangan untuk mereka sekeluarga. 

“Saya memohon maaf bagi pihak ayah jika ada mengguris hati sesiapa dan meminta agar semua pihak menghalalkan segalanya serta mendoakan yang terbaik buat beliau,” katanya.

ANTARA rakan artis dan ahli keluarga yang membantu mengusung jenazah pelakon veteran Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid. Foto: Bernama

Jalil, 69, atau nama sebenar Abd Jalil Abd Hamid meninggal dunia di rumahnya di sini pada 12.30 tengah hari dan jenazahnya selamat dikebumikan pada 5.50 petang tadi. 

Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Tamimi Siregar, Tam Spider, Herman Tino dan Nabil Ahmad.

Allahyarham mula aktif dalam industri seni lebih 40 tahun lepas dan dikenali sebagai artis serba boleh termasuk sebagai pelakon komedi dan juga membintangi filem serta drama yang menyentuh hati peminat seni tanah air. – Bernama 

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Nabila Huda raih trofi sulung di Anugerah Seni Cameronian Boh Ke-21

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.