Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan utama Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo Simpang Ngu masih tidak boleh dilalui
  • Utara
  • WILAYAH

Jalan utama Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo Simpang Ngu masih tidak boleh dilalui

Utusan Sarawak 10 hours ago
JALAN utama Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo Simpang Ngu masih tidak boleh dilalui.

BATU NIAH: Jalan utama dari Pekan Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo (Simpang Ngu) masih belum dapat dilalui setakat pagi ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah PBT II Rary Binjie berkata, keadaan cuaca semasa adalah cerah namun laluan di kawasan berkenaan masih belum dapat dilalui oleh kenderaan ringan.

“Bagaimanapun, trend paras air dilaporkan semakin menurun. Pemantauan dan rondaan itu adalah bagi memantau pematuhan Standard Tindakan Bencana (STB) di kawasan jagaan sekitar Jalan Keriuk, pagi tadi,” katanya.

Tambahnya, rondaan yang dijalankan oleh Pasukan Bravo telah bermula pada 8.15 pagi hingga 9.10 pagi sebagai langkah kesiapsiagaan dan pemantauan berterusan terhadap keadaan semasa, khususnya dari aspek keselamatan laluan dan paras air.

BBP Batu Niah akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat terjamin serta sebarang perkembangan dapat ditangani dengan segera.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pengamal media perlu utamakan tanggungjawab dan ketepatan fakta
Next: Pemantauan MTL, paras air sungai kawasan Terminal Wharf I menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.