
BINTULU: Laluan di Jalan Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Tanjung Kidurong akan mengalami penutupan separa jalan mulai hari ini hingga 13 Februari depan susulan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan Jenis 2 di lokasi berkenaan.
Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan, aliran trafik akan dikawal menggunakan sistem berhenti dan jalan (Stop/Go) secara bergilir di lorong yang dibuka.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan, mematuhi had laju yang ditetapkan iaitu 15 kilometer sejam serta sentiasa mengikuti arahan pengawal bendera dan papan tanda arah yang dipasang di kawasan terlibat.


Kerja-kerja pembaikan berkenaan dilaksanakan secara berperingkat dengan penyempurnaan satu lorong diikuti lorong seterusnya bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh pembinaan.
BDA turut memohon kerjasama serta pertimbangan orang ramai dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan jalan tersebut dijalankan.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu.
Oleh Carolyne Utih