
BINTULU: Jalan Tun Ahmad Zaidi masih ditutup sehingga 31 Oktober ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek naik taraf Jalan Tun Ahmad Zaidi.
Menurut Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penutupan penuh jalan tersebut telah bermula pada 23 September lalu dan dijangka dibuka semula selepas kerja-kerja menaik taraf siap sepenuhnya.
Bagi kelancaran trafik, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Rakawi Yusuf sebelum membuat pusingan U untuk kembali ke Jalan Tun Ahmad Zaidi.
BDA turut menasihatkan orang awam supaya berhati-hati ketika melalui kawasan pembinaan serta mematuhi semua papan tanda keselamatan yang dipasang di lokasi kerja.
“Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. BDA menghargai kerjasama dan kesabaran orang ramai sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh Carolyne Utih