Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan terputus akibat banjir di Buloh Antu, 106 penduduk rumah panjang dibantu
  • Selatan
  • WILAYAH

Jalan terputus akibat banjir di Buloh Antu, 106 penduduk rumah panjang dibantu

Utusan Sarawak 2 days ago
JALAN utama menuju ke Rumah Panjang Joseph Bobby di Buloh Antu terputus hubungan selepas dinaiki air sedalam kira-kira 1.5 hingga 2.0 meter, petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Hujan berterusan sejak pagi tadi menyebabkan jalan utama menuju ke Rumah Panjang Joseph Bobby di Buloh Antu terputus hubungan selepas dinaiki air sedalam kira-kira 1.5 hingga 2.0 meter.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, kejadian dilaporkan sekitar 2.50 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikejarkan ke lokasi sejauh 15 kilometer.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Abang Muhd Fhazil Abang Abdul Manaf berkata setibanya di lokasi, pasukan mendapati laluan utama telah dinaiki air dan tidak dapat dilalui kenderaan.

“Tindakan segera diambil dengan menggunakan bot gentian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) bagi membantu seramai 106 penduduk menyeberang kawasan terputus sejauh sekitar 80 meter untuk pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, paras air ketika itu berada pada tahap jingga, namun keadaan terkawal dan tidak memerlukan sebarang pemindahan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku kenaikan paras air secara mendadak.

Operasi yang turut dibantu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Betong serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu tamat sepenuhnya pada 6.05 petang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Hadiah RM30,000 menanti juara Battle Of Titans Regata Lingga
Next: Jalan perhubungan desa tingkat kesejahteraan penduduk Kampung Perpat di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.