Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan Siung Hwrong siap dinaik taraf, manfaat penduduk luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan Siung Hwrong siap dinaik taraf, manfaat penduduk luar bandar

Utusan Sarawak 6 days ago
SAKSI….Wong Soon Mee (kiri) selaku wakil kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyaksikan penyerahan siap kerja projek naik taraf Jalan Siung Hwrong di Sungai Tulai. 

BINTANGOR: Infrastruktur asas luar bandar terus dipertingkat apabila Jalan Siung Hwrong di Sungai Tulai telah siap dinaik taraf. 

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, berkata projek naik taraf jalan konkrit dilaksanakan melalui Program Mesra Rakyat (PMR) 2025.

“Dengan siapnya jalan konkrit ini, penduduk sekitar menikmati akses yang lebih selesa, selamat dan teratur, sekali gus memudahkan urusan harian dan meningkatkan kualiti hidup. 

“Pembangunan infrastruktur asas adalah selaras dengan komitmen kerajaan Sarawak untuk menyeimbangkan pembangunan bandar dan luar bandar,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya yang juga yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok,

infrastruktur asas seperti jalan raya amat penting dalam kehidupan rakyat luar bandar. 

“Kerajaan akan terus memastikan infrastruktur asas di luar bandar terus dipertingkat demi kesejahteraan rakyat,” katanya. 

Semalam, hadir mewakili Tiong Sii untuk menyaksikan penyerahan siap kerja projek ialah Wong Soon Mee. 

Turut hadir Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei, Sahrian Abdullah.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JTS Bahagian Mukah salur dana CSR RM30,000 kepada Kampung dan SK Sebako
Next: Chapel Sacred Heart Bawan kekal mercu tanda keimanan dan warisan Katolik Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.