Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan rosak di Banting Lawas undang risiko, penduduk desak tindakan segera
  • Utara
  • WILAYAH

Jalan rosak di Banting Lawas undang risiko, penduduk desak tindakan segera

Utusan Sarawak 13 hours ago
BAHAYAKAN KESELAMATAN…pengguna jalan raya ke Banting perlu berhati-hati dengan keadaan jalan berlopak dan bertingkat yang boleh mengundang kejadian tidak diingini.  

LAWAS: Penduduk Kampung Banting meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan jalan utama ke kawasan itu yang semakin rosak dan mengundang bahaya kepada pengguna.

Keadaan jalan berlubang serta berbatu sejak beberapa bulan lalu telah menyebabkan beberapa kemalangan kecil, termasuk satu insiden membabitkan penduduk, Mustapha Ismail, yang hampir dilanggar kenderaan selepas motosikal ditunggangnya terjatuh akibat tersasar di jalan berlopak.

“Pihak bertanggungjawab cepat mengopak jalan lama, tetapi mengambil masa terlalu lama untuk menurap semula. Sudah berbulan-bulan dibiarkan,” katanya hari ini.

Menurut Mustapha, jalan yang rosak itu sepanjang sekitar 100 meter merupakan laluan utama ke sekolah, kawasan penempatan serta ke feri Kuala Lawas, menjadikannya tumpuan kenderaan setiap hari.

“Jika terus dibiarkan, saya yakin lebih banyak kemalangan akan berlaku, terutama pada waktu malam dan waktu puncak persekolahan. Pelajar dan ibu bapa yang bermotosikal adalah antara yang paling terdedah,” tambahnya.

Beliau berharap pihak Majlis Tempatan atau agensi berkaitan segera mengambil tindakan untuk membaiki jalan demi keselamatan semua pengguna.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 67 anjing divaksin di Sibu Jaya
Next: Hari Tanpa Kereta Miri 2025 meriah dengan tema kain pelikat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.