Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan raya rosak viral dibaik pulih
  • WILAYAH

Jalan raya rosak viral dibaik pulih

Utusan Sarawak 2 years ago

HATI-HATI... Jalan rosak di Jalan Pesisiran Pantai Miri-Bintulu mendapat perhatian JKR yang kini sedang dalam proses baik pulih.

NIAH: Jalan raya rosak yang pernah diviral di halaman Facebook salah seorang netizen baru-baru ini berdekatan Simpang Sepupok menghala ke Bintulu sedang dibaiki bermula semalam.

Tinjauan Utusan Sarawak ke kawasan tersebut di Jalan Pesisiran Pantai Miri-Bintulu itu mendapati pihak kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri sedang dalam proses membaik pulih jalan berkenaan.

Kerosakan jalan tersebut ialah pada permukaan jalan raya di sebelah lorong yang mendap dan boleh mendatangkan bahaya terutama pada waktu malam terutamanya ketika musim hujan.

Kerosakan itu telah mendapat perhatian oleh pihak JKR untuk melakukan kerja membaik pulih bagi keselamatan kepada semua penggunaan jalan terbabit.

Sehubungan itu, orang ramai dan pengguna jalan dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut sepanjang berlangsungnya kerja-kerja membaik pulih demi keselamatan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Suasana rumah ibadah kaum Cina Kampung Pelapi kembali meriah
Next: Usaha cari Robin dipergiatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.