Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan pesisir baharu Kuching–Sri Aman pendekkan masa perjalanan kepada sejam
  • TEMPATAN

Jalan pesisir baharu Kuching–Sri Aman pendekkan masa perjalanan kepada sejam

Utusan Sarawak 5 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap Majlis Perasmian Kompleks Islam Sri Aman, hari ini. Foto UKAS

SIMANGGANG: Pembinaan jalan pesisir baharu yang menghubungkan bandar raya Kuching ke Bahagian Sri Aman dijangka mampu memendekkan tempoh perjalanan kepada sekitar satu jam apabila siap sepenuhnya kelak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemendekan jarak perjalanan itu bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan hasil serta produk dari Sri Aman dihantar terus ke Kuching.

Kemudahan tersebut jelasnya, turut membuka akses lebih luas ke pelabuhan dan lapangan terbang baharu di Tanjung Embang bagi tujuan eksport ke pasaran antarabangsa.

“Kita menyediakan mobiliti yang mudah dan selesa untuk masyarakat kita di mana mereka akan saling berhubung dan ini membuka banyak peluang kepada mereka.

“Penduduk di Sri Aman, misalnya, boleh memulakan sesuatu yang baharu, menjual produk ke Kuching, pergi ke Tanjung Embang, malah ke luar negara kerana Tanjung Embang akan menjadi hab utama yang merangkumi pelabuhan kita serta lapangan terbang baharu,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Islam Sarawak Sri Aman, di sini, hari ini.

Beliau menambah, jalan pesisir berkenaan akan dibangunkan sebagai laluan empat lorong bermula dari Jambatan Sejingkat ke Kota Samarahan, seterusnya menuju ke Tanjung Embang, Sebuyau dan Lingga sebelum disambungkan ke Gedong melalui Lebuh Raya Pan Borneo.

Terdahulu dalam ucapannya, Premier Sarawak menjelaskan bahawa pembinaan jalan baharu itu turut berfungsi sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah jalan kampung ke Lingga yang sebelum ini menjejaskan kawasan penempatan penduduk setempat.

“Saya ada menggunakan jalan kampung menuju ke Lingga yang mana keadaan jalan berkenaan teruk sehingga menjejaskan kawasan penempatan.

“Maka itu, saya meminta untuk membuat jalan raya baharu ini dari tebingan Batang Lupar ke Jambatan Batang Lupar II,” jelas beliau lagi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ibubapa digesa dorong anak manfaat skim pendidikan percuma
Next: Buaya gergasi seberat 450kg berjaya ditangkap di Siniawan, Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.