Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan pertanian dicadang di Pantu, permudah angkut hasil kelapa sawit
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan pertanian dicadang di Pantu, permudah angkut hasil kelapa sawit

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Mong Dagang hadir memeriahkan Majlis Randau @ Begunan di Rumah Lim, Empili, Pantu, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

PANTU: Kehadiran pemimpin masyarakat dan JKKK memeriahkan Majlis Randau @ Begunan di Rumah Lim, Pantu, sekali gus menjadi platform membincangkan isu ekonomi harian seperti penanaman padi dan kelapa sawit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, majlis seperti itu bukan sekadar ruang bertukar fikiran, malah memberi peluang masyarakat memahami cara, gaya serta protokol penganjuran sesuatu keraian di rumah panjang.

“Dalam usaha menggerakkan ekonomi, khususnya melalui penanaman kelapa sawit, saya menyokong penuh cadangan Penghulu Bangga Rigeh agar dibina jalan bagi mengangkut hasil tanaman.

“Pembangunan ini penting untuk manfaat bersama, bukan sahaja pada masa sekarang tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau menegaskan, persetujuan pemilik tanah amat diperlukan supaya pembinaan jalan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Pada majlis berkenaan, Mong turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM6,000 kepada JKKK Rumah Lim dan RM4,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Turut hadir, Penghulu Bangga Rigeh, Penghulu Menjang Niah, Penghulu Anthony Jiram, Penghulu Komiti, Penghulu Riji Gu, serta ketua-ketua kaum termasuk Kaunselor Majing Rimbau, Kaunselor Wellington Akir dan Kaunselor Kamih Medang, di samping KMKK, JKKK serta masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ular sawa batik ditemui sembunyi atas almari rumah penduduk di Roban
Next: RM27,000 disalur untuk JKKK Penan bagi sokong pembangunan kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.