
SIBU: Jalan Pahlawan di sini ditutup sementara kepada semua pengguna jalan raya bermula hari ini susulan kerja kecemasan yang dijalankan di kawasan berkenaan.
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dalam satu notis memaklumkan penutupan jalan tersebut akan berkuat kuasa sehingga kerja-kerja berkaitan selesai dilaksanakan.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas selain mematuhi arahan keselamatan di lokasi terbabit.
Orang ramai turut diminta memberi kerjasama sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kecemasan berkenaan bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
Oleh Tarani Lanting