Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan Nanga Ulu Kedoh Roban dilanda banjir kilat, paras air kini menurun
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan Nanga Ulu Kedoh Roban dilanda banjir kilat, paras air kini menurun

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA APM Saratok sedang melakukan pemantauan banjir yang berlaku di Nanga Ulu Kedoh Roban, pagi tadi. Foto: APM Saratok

ROBAN: Hujan berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan jalan utama di Nanga Ulu Kedoh Roban dinaiki air setinggi 21 inci, namun keadaan kini dilaporkan terkawal apabila paras air menunjukkan trend menurun.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata pemantauan dijalankan oleh tiga anggota APM bermula 6.42 pagi hingga 8.26 pagi bagi memastikan keselamatan penduduk dan keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Air mula naik akibat hujan lebat berterusan tetapi kini mulai surut. Jalan ke Rumah Panjang Dius masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya.

Beliau menasihati penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca tidak menentu yang berpotensi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah sekitar Roban.

“APM akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa sekiranya hujan berterusan,” jelasnya.

Dalam pemantauan tersebut, anggota APM dilengkapi dengan kelengkapan seperti penyukat boleh laras, kasut but kuning dan baju hujan bagi memastikan operasi dijalankan dengan selamat.

Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan disarankan menghubungi talian MERS 999 atau PKOD Saratok di 083-436094.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lucas Lau dilantik Yang Di-Pertua MTPN Wilayah Sarawak
Next: Penutupan sementara jalan berhampiran Hospital Sibu bermula Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.