Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan masuk ke Lorong Stakan 3 ditutup sementara mulai 26 Jun ini
  • TEMPATAN

Jalan masuk ke Lorong Stakan 3 ditutup sementara mulai 26 Jun ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Gambar menunjukkan laluan jalan masuk ke Lorong Stakan 3 akan ditutup sementara bagi memberi ruang kepada pihak majlis untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit.

PADAWAN: Jalan masuk ke Lorong Stakan 3 dari Jalan Ranger Depot akan ditutup sementara 26 Jun hingga 7 Ogos ini mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dalam kenyataan di laman media sosial Facebook memaklumkan, ini bagi memberi ruang kepada pihak majlis untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit.

Menurut kenyataan itu lagi, hanya laluan keluar ke Jalan Ranger Depot yang akan dibuka sepanjang tempoh berlangsungnya penyelenggaraan tersebut.

Berikutan itu, pengguna jalan raya bagi laluan berkenaan dinasihatkan merancang perjalanan, dan mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Continue Reading

Previous: Pustaka Negeri anjur Minggu Arkib Sedunia 26-28 Jun ini
Next: Malaysia boleh hantar angkasawan kedua jika negara stabil – Sheikh Muszaphar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.